KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN

KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN

Friday, July 16, 2010

Akhbar mingguan PKR muncul dengan nama baru

Oleh Yoges Palaniappan

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Suara Keadilan, akhbar mingguan PKR, akhirnya muncul di pasaran — lewat seminggu daripada sepatutnya, tetapi menggunakan nama baru “Keadilan” bagi mengelakkan tindakan pihak berkuasa.

Akhbar ini menemui peminat selepas 12 hari permit penerbitannya luput dan tidak diperbaharui oleh Kementerian Dalam Negeri.Anggota Angkatan Muda Keadilan, sayap pemuda PKR, mengedarkan kira-kira 400 naskhah di ibu negara khususnya di kawasan stesen LRT Masjid Jamek pagi ini.

Akhbar itu akan dijual di seluruh negara mulai hari ini, kata sayap itu.

“Kami akan terus mengagihkan akhbar kami ini. Mereka yang berani akan menjual akhbar ini,” kata Pengarah Strategi PKR Chua Tian Chang kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Jelas beliau, polis telah mencuba untuk merampas akhbar Keadilan ketika anggota pemuda PKR mengedarkannya kepada orang ramai pagi ini.

“Mereka (polis) mengugut untuk menahan ahli-ahli kami dan mengancam untuk merampas akhbar-akhbar yang diedarkan, tetapi terserah kepada mereka untuk melakukan apa yang mereka mahu buat. Kami akan terus mengedarkannya,” kata beliau.

Beliau mengakui bahawa meskipun Suara Keadilan kini muncul atas nama Keadilan, ia masih belum ada permit penerbitan.

“Terserah kepada mereka (kementerian) untuk melakukan apa yang mereka mahu buat,” katanya lagi.

Perubahan nama itu menurut beliau, menggambarkan PKR sudah kehilangan “suara” ekoran keengganan Kementerian Dalam Negeri memperbaharui permit penerbitan yang luput pada 30 Jun lalu.

“Ia masih organ kami,” katanya.

Naib Presiden PKR R. Sivarasa berkata parti itu telah memberikan penjelasan kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana berunsur fitnah bulan lalu.

“Berhubung kes kami yang dibawa oleh Felda, kami bersedia untuk menghadapi sebarang tuduhan.

“Kami akan menemui mereka di mahkamah. Kami berdiri teguh dengan pendirian kami bahawa wujudnya penyelewengan dalam dana Felda, dan jika dibiarkan agensi itu akan muflis,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive