KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN

KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN

Saturday, July 31, 2010

Kenyataan Media KAMI mahu Akta Mesin Cetak & Penerbitan dihapuskan

Baca Seterusnya......

Mahathir lagi bebas dari Tun Razak beri ruang "kebebasan media"

Pada 28 Julai 2010 saya mengunjungi Pejabat Harakah kerana menerima jemputan untuk menyertai NGO bernama KAMI yang mendesak kerajaan memansuhkan Akta Mesin Cetak 1984. Cukup untung bersua kembali Haji Subky Latif dan Ahmad Lutfi (Ketua Pengarang Harakah) selepas 15 tahun sejak saya meninggalkan PAS pada tahun 1995.

Juga turut hadhir bersama ialah Ibnu Hashim dan Tarmizi Md Jam. Semua (bekas) sahabat lama ini kelihatan seolah tidak banyak berubah dari segi raut wajah melainkan Tarmizi itu lebih berisi berbanding masa saya mengenalinya era tahun 90-an. Turut hadhir Penasihat Undang-undang Harakah, Hanipa Maidin dan pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari

Haji Subky mengolah tentang sejarah kebebasan akhbar dalam negara dimana zaman PM kedua dan ketiga, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn merupakan zaman yang cukup kurang memberi kebebasan akhbar terutamanya dengan kawalan saham oleh individu Umno ke atas Utusan Melayu masa itu.


Haji Subky membawa analisisnya dimana zaman Dr. Mahathir merupakan detik permulaan era kebebasan akhbar secara beransur-ansur. Subky berharap supaya PM sekarang, Dato Najib tidak pula kembali kepada zaman ayah dan zaman bapa saudaranya itu.


Hj. Subky diberi masa lama untuk berseloroh dan bercerita tentang sejarah penubuhan Utusan Melayu sehingga dipimpin oleh Yusuf Ishak (selepas itu menjadi Presiden Singapura). Saya dapat mengenali beberapa fakta penting yang cukup berharga dalam majlis hari ini. Hj Subky tetap saya sanjungi sebagai salah seorang mentor semasa zaman saya dulu dalam PAS yang cukup berisi fakta tajam setiap kali beliau berceramah.


Pada tahun 1990, beliau pernah bertanya kepada saya untuk cuba teka sepatutnya bilakah Anwar Ibrahim akan menjadi PM Malaysia. Saya menjawab, 'tahun 2000 agaknya'. Subky mengejutkan saya dengan jawapan '1986'. Saya terpingga-pingga sehinggalah Subky menjelaskan bahawa peluang Anwar dan pembangkang masa itu lebih cerah sekiranya Anwar tidak masuk Umno tetapi kekal sebagai ketua barisan pembangkang. Ah!.. memang cukup tajam pemikiran Haji Subky Latif!


Diskusi KAMI Kali Ke-3 berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh massa bagi membincangkan isu-isu sekitar Akta Mesin Cetak & Penerbitan. Mereka yang hadir pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari; penulis prolifik yang juga pengasas Harakah, Hj Subky Latiff; Peguam PAS, Hanipa Maidin; Editor Malaysia Insider, Dr. G Manimaran; Exco Paksi, Razali Endun; adik allahyarham Dr. Burhanuddin Helmy, Drs Norbit Mohd Noor; blogger Dr. Mohd Hashim; Naib Dewan Perhimpunan Bukan Islam PAS Pusat, Vincent Lee; Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman; Setiausaha PAS Kawasan Batu, Hj Ismail Yahya; beberapa wartawan Harakah, dan Harakahdaily.


Diskusi KAMI selama tiga jam itu diselenggarakan oleh Tarmizi Mohd Jam selaku setiausaha badan yang kini sudah berusia 10 tahun. Beberapa rumusan hasil diskusi ini akan perincikan bagi tindakan lanjut. - Catatan Redhuan Onn Abdullah
Baca Seterusnya......

Friday, July 30, 2010

Penubuhan Majlis Media Alternatif Dialu-alukan

Oleh Mohd Sayuti Othman

SAYA mengalu-alunya tindakan Aktivis Media Independen (Kami) yang diketuai Ahmad Lutfi Othman yang bercadang untuk menubuhkan Majlis Media Alternatif (MMA) untuk dijadikan mekanisme mengawal selia diri sendiri. Saya rasa hasrat seperti sudah lama patut dilakukan dan bukan saja setakat membunting dalam kepala saja.

Selain daripada mendesak kerajaan memasuhkan Akta Mesin Cetak yang dilhat satu mekanisme dipihak kerajaan menganggu kebebasan bersuara di negara ini dalam menyalurkan maklumat yang benar dan telus, baik sangatlah kalau NGO berkenaan melihat ke dalam diri sendiri. Sebab di pihak media alternatif sendiri banyak kecacatan dan kecurangan yang disedari tetapi dibiarkan.

Misalnya ada media alternatif melampau dalam membuat laporan tanpa memikirkan soal-soal atau kepentingan lain yang dikira untuk manfaat bersama. Setengahnya beremotif sangat sehinggakan mengabaikan profession media. Kebanyakan media alternatif juga mahu bersikap seperti media arus perdana yang tidak sedikit pun nampak kebaikan pembangkang.

Keperluan majlis berkenaan juga dirasakan amat perlu memandangkan kini muncul berbagai media termasuk web site dan blog yang menyokong pembangkang secara bebas tetapi tidak terkawal. Banyak berlaku penulisan atau pun laporan yang tidak mempunyai strategi jelas dan kadang kala memakan diri sendiri.

Kerana kurang cermat atau tidak ada pengalaman dalam penulisa berstrategi menyebabkan ada bloger yang melondehkan pekung diri sendiri menyebabkan menimbulkan masalah kepada parti yang disokongnya. Ada kalanya pihak parti terpaksa berpolemik sesama sendiri akibat pendedahan kurang sipan bloger.

Dengan adanya badan bebas mengawal diri sendiri nanti saya rasa selepas ini hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku itu akan dapat diatasi. Disebabkan sesetengah penulis atau media pembangkang khususnya penulis blog yang terlampau bebas, tidak dibatasi sebarang undang-undang atau etika adakalanya penulis terhentam rakan sendiri.

Dengan adanya majlis itu juga, ia boleh memberi tunjuk ajar kepada penulis blog yang rata-rata tidak begitu berpengalaman dan mengetahui etika penulisan. Kebanyakan mereka lahir kerana ghairah dengan dunia blog tanpa ada ilmu mengenai penulisan. Ahli atau aktivis Kami yang ramai dan kebanyakan berpengalaman itu boleh menganjurkan bimbingan penulisan dari masa ke semasa.

Apa yang pentingnya juga ia harus mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Pakatan Rakyat bagi menyenangkan segala aktiviti yang diatur kelak. Kerajaan Pakatan Rakyat juga sepatutnya tidak membiarkan Kami bersendirian dan bergerak dengan sukarela sepanjang masa. Perasaan timba balik perlu ada di antara kedua pihak.

Hendaknya dengan berjalanya idea itu nanti ia boleh memabantu perwujudan Majlis Media Malaysia (MMC) yang tertangguh sebelum ini. Mungkin MMA nanti boleh mengemukakan cadangan-cadangan konkrit, adil, bebas dan profesional berhubungan penubuhan MMC itu kelak.

Tahniah kepada Kami
Baca Seterusnya......

Diskusi Kali Ke-3: KAMI timbang untuk tubuhkan Majlis Media Alternatif bagi pantau media Pakatan Rakyat

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), pertubuhan bukan kerajaan yang dibentuk untuk memperjuangkan usaha mendesak dimansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, bercadang untuk membentuk Majlis Media Alternatif bagi menggalakkan mekanisme kawal selia kendiri.

Idea itu dilontarkan pada Diskusi KAMI Ketiga Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang diadakan di sini hari ini.Pengerusi KAMI, Ahmad Lufti Othman berkata, usaha mengadakan majlis seumpama itu, yang diamalkan oleh beberapa negara maju bagi sektor media cetak dan elektronik, akan dibincangkan secara mendalam dalam waktu terdekat.

“Idea ini yang dibangkitkan pada majlis diskusi hari ini akan dibincangkan secara mendalam agar kita ada sebuah badan kawal selia media alternatif seperti laman web, akhbar mingguan (akhbar pembangkang), blog,” kata beliau pada sidang media di akhir diskusi peringkat ketiga di pejabat Harakah di sini hari ini.

KAMI yang dibentuk secara tidak formal satu dekad yang lalu sebagai salah satu usaha mengecam penggunaan akta tersebut untuk mengekang kebebasan media cetak di negara ini.

Lufti yang juga Ketua Pengarang Harakah berkata, pembentukan majlis media sedemikian akan bertindak sebagai satu badan kawal selia kendiri dalam jangka panjang, menggantikan penggunaan undang-undang sedemikian.

“Kita perlu mengekalkan mutu kewartawanan yang baik, dan KAMI akan menghalusi perkara ini,” katanya.

Sebelum ini pernah ada idea dan kajian membentuk Majlis Media Malaysia (MMC), tetapi dibantah wartawan khususnya Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ). NUJ mahu ia beroperasi dengan bebas, dikawal sendiri oleh pengamal media dan mempunyai perwakilan yang seimbang antara orang awam dan media.

Idea penubuhan telah dibincangkan sejak 1960-an oleh sekumpulan editor bagi menjaga kepentingan pengamal media. Pada 2005, NUJ mendakwa bahawa ia tidak pernah dibawa berunding mengenai cadangan penubuhan MMC pada peringkat penggubalan.

Dalam pada itu, Setiausaha KAMI Tarmizi Mohd Jam pula memberitahu, idea pembentukan majlis sedemikian akan dibincangkan pada mesyuarat KAMI akan datang. Pada sidang media itu, beliau juga memberitahu KAMI akan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri agar mengeluarkan semula permit kepada Suara Keadilan dan Rocket yang masing-masing diterbitkan oleh PKR dan DAP.

“KAMI juga akan menghantar memorandum mengenai penggunaan Akta Media Cetak dan Penerbitan oleh kementerian kepada Suhakam dan Majlis Hak Asasi Sedunia,” katanya.

Semalam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kata beliau, tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri menahan daripada memperbaharui permit Suara Keadilan dan Rocket berhubung kait dengan kebimbangan kritikal Umno-BN menghadapi kebangkitan rakyat yang kian tegar mempersoalkan dasar-dasar kerajaan muktahir ini.

Tarmizi berkata jika Umno-BN dalam keadaan kuat, stabil dan selamat, maka sudah tentu “penggantungan” permit dua lidah rasmi PKR dan DAP itu tidak diambil, sebaliknya ia akan diberi seperti biasa. Sebelum tiga penerbitan menghadapi masalah yang hampir sama, bagaimanapun Harakah telah menerima permit semula dua minggu lalu.

Suara Keadilan kini diterbitkan di bawah status tidak berkala dengan tiga edisi setakat ini, di bawah nama Keadilan, Obor Keadilan dan Sinar Keadilan.

Diskusi KAMI Kali Ke-3 berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh massa bagi membincangkan isu-isu sekitar Akta Mesin Cetak & Penerbitan. Mereka yang hadir pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari; penulis prolifik yang juga pengasas Harakah, Hj Subky Latiff; Peguam PAS, Hanipa Maidin; Editor Malaysia Insider, Dr. G Manimaran; Exco Paksi, Razali Endun; adik allahyarham Dr. Burhanuddin Helmy, Drs Norbit Mohd Noor; blogger Dr. Mohd Hashim; Naib Dewan Perhimpunan Bukan Islam PAS Pusat, Vincent Lee; Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman; Setiausaha PAS Kawasan Batu, Hj Ismail Yahya; beberapa wartawan Harakah, dan Harakahdaily.

Diskusi KAMI selama tiga jam itu diselenggarakan oleh Tarmizi Mohd Jam selaku setiausaha badan yang kini sudah berusia 10 tahun. Beberapa rumusan hasil diskusi ini akan perincikan bagi tindakan lanjut.
Baca Seterusnya......

Thursday, July 29, 2010

KAMI timbang tubuh Majlis Media Alternatif

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), pertubuhan bukan kerajaan yang dibentuk untuk memperjuangkan usaha mendesak dimansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, bercadang untuk membentuk Majlis Media Alternatif bagi menggalakkan mekanisme kawal selia kendiri.

Idea itu dilontarkan pada Diskusi KAMI Ketiga Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang diadakan di sini hari ini.Pengerusi KAMI, Ahmad Lufti Othman berkata, usaha mengadakan majlis seumpama itu, yang diamalkan oleh beberapa negara maju bagi sektor media cetak dan elektronik, akan dibincangkan secara mendalam dalam waktu terdekat.

“Idea ini yang dibangkitkan pada majlis diskusi hari ini akan dibincangkan secara mendalam agar kita ada sebuah badan kawal selia media alternatif seperti laman web, akhbar mingguan (akhbar pembangkang), blog,” kata beliau pada sidang media di akhir diskusi peringkat ketiga di pejabat Harakah di sini hari ini.

KAMI yang dibentuk secara tidak formal satu dekad yang lalu sebagai salah satu usaha mengecam penggunaan akta tersebut untuk mengekang kebebasan media cetak di negara ini.

Lufti yang juga Ketua Pengarang Harakah berkata, pembentukan majlis media sedemikian akan bertindak sebagai satu badan kawal selia kendiri dalam jangka panjang, menggantikan penggunaan undang-undang sedemikian.

“Kita perlu mengekalkan mutu kewartawanan yang baik, dan KAMI akan menghalusi perkara ini,” katanya.

Sebelum ini pernah ada idea dan kajian membentuk Majlis Media Malaysia (MMC), tetapi dibantah wartawan khususnya Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ).

NUJ mahu ia beroperasi dengan bebas, dikawal sendiri oleh pengamal media dan mempunyai perwakilan yang seimbang antara orang awam dan media.

Idea penubuhan telah dibincangkan sejak 1960-an oleh sekumpulan editor bagi menjaga kepentingan pengamal media.

Pada 2005, NUJ mendakwa bahawa ia tidak pernah dibawa berunding mengenai cadangan penubuhan MMC pada peringkat penggubalan.

Dalam pada itu, Setiausaha KAMI Tarmizi Mohd Jam pula memberitahu, idea pembentukan majlis sedemikian akan dibincangkan pada mesyuarat KAMI akan datang.

Pada sidang media itu, beliau juga memberitahu KAMI akan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri agar mengeluarkan semula permit kepada Suara Keadilan dan Rocket yang masing-masing diterbitkan oleh PKR dan DAP.

“KAMI juga akan menghantar memorandum mengenai penggunaan Akta Media Cetak dan Penerbitan oleh kementerian kepada Suhakam dan Majlis Hak Asasi Sedunia,” katanya.

Semalam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kata beliau, tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri menahan daripada memperbaharui permit Suara Keadilan dan Rocket berhubung kait dengan kebimbangan kritikal Umno-BN menghadapi kebangkitan rakyat yang kian tegar mempersoalkan dasar-dasar kerajaan muktahir ini.

Tarmizi berkata jika Umno-BN dalam keadaan kuat, stabil dan selamat, maka sudah tentu “penggantungan” permit dua lidah rasmi PKR dan DAP itu tidak diambil, sebaliknya ia akan diberi seperti biasa.

Sebelum tiga penerbitan menghadapi masalah yang hampir sama, bagaimanapun Harakah telah menerima permit semula dua minggu lalu.

Suara Keadilan kini diterbitkan di bawah status tidak berkala dengan tiga edisi setakat ini, di bawah nama Keadilan, Obor Keadilan dan Sinar Keadilan.M/I
Baca Seterusnya......

Wednesday, July 28, 2010

KAMI diaktifkan untuk lancarkan GERAM mansuh pinda Akta Mesin Cetak & Penerbitan

Kuasa penuh yang diberikan kepada Menteri Dalam Negeri (KDN) menentukan kelulusan penerbitan sesebuah akhbar yang terkandung dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 perlu dimansuhkan. Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dalam diskusi kedua mereka pada 21 Julai baru-baru ini menggesa kerajaan Umno-BN meminda dan memansuhkan beberapa peruntukan dalam akta tersebut.

Seksyen 13a, menjelaskan apa-apa keputusan menteri untuk menolak daripada memberikan atau untuk membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah atas apa-apa jua alasan pun. Bagi maksud seksyen ini "keputusan" yang diertikan termasuklah apa-apa perintah atau arahan yang dibuat oleh menteri di bawah akta ini.

Pengerusi KAMI, Ahmad Lutfi Othman berkata, apa yang terkandung di dalam akta tersebut jelas penyalahgunaan kuasa amat mudah dilakukan oleh menteri terbabit bagi menyekat kebebasan bersuara sekali gus menghalang rakyat mendapat maklumat.

"Penyalahgunaan kuasa di kalangan menteri amat mudah dilakukan dalam akta ini yang mudah dimanipulasi bagi menyekat rakyat," katanya kepada media, selepas usai diskusi berkenaan di Pejabat Editorial Harakah, Jalan Pahang, dekat sini.

Mereka yang hadir, bekas Pengarah Pusat Islam, Ustaz Ahmad Awang; adik almarhum Dr Burhanuddin Al-Helmi, Dr Norbit Mohd Noor; Exco Paksi, Kassim Mohamad dan Razali Endun; bekas Editor Harakah, Shukor Harun; Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Athirah Al-Jundi dan Ustazah Rosiah Salleh; wakil-wakil media Harakah; Harakahdaily dan Suara Keadilan. Diskusi dipengerusikan Setiausaha KAMI, Tarmizi Mohd Jam.

Menurut Lutfi, cabaran paling besar sekarang untuk menangani masalah permit dua lagi lidah rasmi Pakatan Rakyat iaitu Suara Keadilan dan Roket, yang masih ditahan KDN dan satu pertemuan akan diatur dengan pihak KDN dan Suhakam bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Ini isu besar yang perlu diselesaikan segera. Kerajaan Umno-BN semasa membuat pertimbangan pada masa itu tidak pernah memikirkan nasib kakitangan yang bekerja di akhbar berkenaan.

"Keputusan itu juga memberikan kesan kepada syarikat percetakan selain editor akhbar yang sering dipanggil dan diberi amaran olah KDN," ujarnya.

Aiman Athirah Al-Jundi berkata pada sidang media yang sama, perjuangan KAMI akan bersifat objektif dan diplomasi dengan mengikut segala prosedur undang-undang bagi mencari jalan penyelesaian dan mewujudkan situasi menang-menang di antara kerajaan dan media alternatif.

Setiausaha KAMI, Tarmizi Mohd Jam pula menegaskan, pertemuan kedua itu berjaya mencapai beberapa keputusan bagi memulihkan kebebasan akhbar dalam negara yang diiktiraf sebagai mengamal demokrasi.

KAMI akan turut membincangkan perkara ini dari sudut undang-undang dan juga mengenal pasti beberapa bahagian dalam akta ini yang jelas bercanggah dengan konsep pengasingan kuasa dan demokrasi, jelas menyekat kebebasan rakyat.

Jelas Tarmizi, pertemuan berikutnya akan diadakan bersama wakil-wakil media yang lain serta pakar perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari dan pensyarah media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah bagi membincangkan perkara tersebut, selain beberapa pertemuan dengan individu media dan NGO berkaitan.

Menurutnya lagi, satu memorandum berhubung tuntutan itu akan disampaikan kepada pihak KDN, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PPB) dalam masa yang terdekat.

KAMI juga akan menggerakkan kempen mendidik rakyat dari masa ke semasa tentang kekangan akta ini, sehingga ke matlamat akhirnya melancarkan gerakan rakyat dikenali sebagai GERAM (Gerakan Rakyat Mansuh Pinda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) agar akta berkenaan mememuhi kepentingan rakyat.

Terdahalu, diskusi kali pertama telah diadakan dengan beberapa aktivis media teramsuk Setiausaha GMP, Husni Abbas di Pejabat editorial Harakah, Jumaat sebelumnya.

Langkah mengaktifkan KAMI rentetan syor Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said yang mahu sudah rakyat bangun menuntut agar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang diguna pakai di negara ini dihapuskan kerana ia jelas mengongkong kebebasan bersuara.
Baca Seterusnya......

Tuesday, July 27, 2010

Gantung tak bertali permit SK dan Roket:Bukti kerajaan UMNO-BN tak selamat

1. Tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan permit Suara Keadilan dan Roket dapat difahami sebagai kebimbangan kritikal UMNO-BN menghadapi kebangkitan rakyat yang kian tegar mempersoalkan dasar-dasar kerajaan muktahir ini.

2. Jika UMNO-BN dalam keadaan kuat, stabil dan selamat, maka sudah tentu penahanan, penafian hak dan penggantungan permit dua lidah rasmi Keadilan dan DAP itu tidak dilakukan, sebaliknya ia akan diberi seperti biasa.

3. Ini kerana, tindakan tidak popular itu hanya memburukkan imej UMNO-BN yang menguasai kerajaan dan sekaligus mengesahkan sikap tidak demokratik mereka terhadap kebebasan bersuara dan bermaklumat di negara ini.

4. Mengapa UMNO-BN sanggup merosakkan imejnya, mencalar kepercayaan rakyat jika tidak kerana mereka benar-benar dalam keadaan terdesak untuk mempertahan kuasa yang kian tergugat akibat lambakan maklumat berani, telus dan bersifat reformasi.

5. KAMI yakin, kekangan terhadap media cetak sejak muktahir ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN sebagai langkah mengurangkan fakta tepat kepada rakyat, khususnya yang berkaitan isu-isu politik yang boleh menikam dan menghakis pengaruh UMNO-BN.

6. Sebagai persediaan nekad menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, dan mempertahankan kuasa yang sedia ada, demi untuk merampas kembali Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, maka sudah tentulah kerajaan UMNO-BN terpaksa bertindak 'membunuh' suara rakyat melalui dua lidah rasmi ini, kerana ia menjadi perhatian rakyat.

7. Mustahil jika Suara Keadilan dan Roket tidak berbisa, permitnya ditahan. Ini tidak bermakna kelulusan permit lidah rasmi PAS, Harakah menjadi petunjuk keadilan dan sikap profesional KDN. Sebaliknya amaran keras, larangan dijual di premis awam serta arahan dibesarkan perkataan "Hanya Untuk Ahli Sahaja" pada maskhead akhbar itu jelas kekangan melampau yang tidak wajar wujud dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

8. KAMI terus mendesak agar KDN menghormati hak kebebasan bersuara, sistem demokrasi berparlimen dan menghormati kebijakan bermaklumat dengan mengembalikan semula kedua-dua permit Suara Keadilan dan Roket kepada parti-parti berkenaan, sebagai lidah rasmi dan menarik semula amaran keras yang tidak munasabah yang dikenakan ke atas Harakah.

9. Sebagai lidah rasmi parti, dan bukannya akhbar komersial adalah amat tidak wajar sama sekali KDN menafikan hak-hak warga negara ini dalam menegaskan suara mereka. Tindakan tidak memberikan permit bermakna kerajaan 'menggam' mulut rakyat, memaku minda dan mengganyang rakyat dengan dipaksa menerima maklumat sebelah pihak.

10. Berbanding penguasaan UMNO-BN terhadap media tradisi seperti RTM, TV3, NTV7, NTV9, Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, News Strais Times, beberapa akhbar berbahasa Cina dan India; kekangan KDN terhadap Suara Keadilan, Roket dan Harakah boleh digambarkan sebagai tindakan tegar dari emosi takut, bimbang dan risau kerajaan UMNO-BN hilangnya segenggam kuasa yang membuktikan kekayaan kepada pemimpin dan kroni, yang memayahkan rakyat dan yang memayungi kezaliman.

*Kenyataan oleh Tarmizi Mohd Jam selaku Setiausaha Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).
Baca Seterusnya......

Monday, July 26, 2010

Malaysiakini, Zunar saman KDN

Malaysiakini dan kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) memfailkan dua permohonan berasingan kepada mahkamah bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengharamkan dua buku kartun politik.

Tindakan itu diambil ekoran pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - kedua-duanya karya Zunar - didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pengharaman buku tersebut juga dianggap bersifat ultra vires (tidak terdapat dalam skop) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil.

Kedua-dua pihak menuntut mahkamah mengeluarkan arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku itu dan bayaran kos kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.

Zunar (kiri) berkata, pengharaman itu merupakan cubaan untuk menekan ekspresi politik dan membataskan pertukaran idea dan pendapat di kalangan rakyat Malaysia.

"Pada pandangan kami pengharaman seperti ini tidak perlu dalam sebuah negara demokrasi seperti ini," katanya dalam sidang media selepas memfailkan saman itu di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran (bawah) pula berkata, pengharaman itu atas alasan "boleh mengencam ketenteraman awam" merupakan tidak adil sedangkan tiada penjelasan yang jelas diberikan oleh kerajaan.

Kementerian itu juga didakwa tidak memberikan peluang kepada Zunar dan Malaysiakini untuk memberikan respons.


"Selepas buku-buku itu dirampas, Malaysiakini menulis bagi berdialog dengan kementerian tetapi mereka tidak menjawabnya," katanya.

Buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Datul Kartun - diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd - dilarang daripada dipamerkan bermula 24 Jun lalu.

Zunar berkata sebelum diharamkan sebanyak 20,000 naskhah Perak Darul Kartun dijual manakala 1Funny Malaysia yang baru memasuki cetakan kedua hanya sempat beredar sebanyak 5,000 naskhah.

Zunar dan Malaysiakini diwakili peguam Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga dan Aston Paiva.
Baca Seterusnya......

PAS konsisten mahu Akta Mesin Cetak & Penerbitan dihapuskan - Mahfuz Omar

Memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 telah menjadi satu tuntutan PAS selama ini tegas, Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar. Beliau berkata, sama ada dihapus, dibubarkan atau dibuat pindaan terhadap akta tersebut, ia mestilah untuk kebebasan media malah melangkaui kebebasan hak rakyat untuk mencapai maklumat dari pelbagai sumber.

Tambahan pula katanya, kemajuan internet di zaman informasi dan teknologi ini menunjukkan akta tersebut sudah tidak relevan lagi kerana akta itu cuba untuk menyekat dan menyukarkan khususnya penerbitan akhbar-akhbar alternatif. "Ini memperlihat kerajaan Umno-BN takut sekali pendedahan dan maklumat sampai kepada rakyat di negara ini.

"Sebab itu saya kira kesatuan wartawan harus memulakan gerakan tersebut. Dan kita (PAS) sebagai sebuah parti akan memberi sokongan," katanya di Parlimen Rabu lalu. Minggu lalu, akhbar Harakah turut dipanggil ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putra Jaya membincangkan isu-isu berkaitan dengan permit dan kandungan.

Mahfuz mengulas lanjut, gerakan mansuh akta tersebut perlu digerakkan penulis dan wartawan kerana selain menghalang rakyat memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber, ia juga menyekat kebebasan penulis dan wartawan untuk membuat laporan dengan benar dan adil. Sehubungan itu tegasnya, perlu ada pindaaan atau penghapusan Akta Penerbitan & Mesin Cetak 1984 dengan segera.

Menurutnya, jika kerajaan enggan berbuat demikian mereka digesa membuat pindaan yang membolehkan rakyat bebas bersuara. Bagaimanapun, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena percaya kerajaan enggan menghapuskan akta tersebut kerana ia boleh dijadikan sebagai senjata untuk pertahan kuasa politik pemerintahan BN.

"Maknanya akta tersebut boleh menyekat kebocoran dan terdedahnya segala kepincangan yang belaku dalam kerajaan BN," bidasnya.
Baca Seterusnya......

Saturday, July 24, 2010

WAMI: Lidah parti harus dijual kepada umum

WAMI mengecam sekeras-kerasnya kerajaan kerana dengan sengaja tidak, atau melengahkan pembaharuan permit tiga akhbar parti pembangkang, iaitu Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket. Hanya permit Harakah diperbarui sehingga kini.

WAMI berpendapat bahawa warga dalam sesebuah masyarakat sivil mempunyai kebebasan untuk memilih bahan bacaan. Seandainya tuntutan lidah parti berpaksikan pandangan yang sempit, maka ia tetap tidak akan melewati lingkungan penyokong setianya walaupun disebar dengan luas.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein bahawa akhbar parti perlu mematuhi panduan KDN, dan dihadkan penjualannya kepada ahli parti sahaja, menunjukkan bahawa lidah parti ini mendapat sambutan di kalangan bukan anggota parti.

Mengapa mereka yang bukan ahli parti sanggup membelanjakan wang titik peluh mereka untuk membeli akhbar parti yang kandungannya berat sebelah? Jawapannya mudah, kerana semua media arus perdana yang sedia ada dikawal ketat oleh kerajaan, melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan pemilikan.

Bukan sahaja hak untuk menjawab (kepada tuduhan) pemimpin pembangkang dinafikan lidah kerajaan seperti Utusan Malaysia, malah mereka jarang diberi peluang untuk tampil secara positif di stesen televisyen dan radio awam sekarang.

WAMI prihatin terhadap penubuhan Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi, yang diumumkan Menteri KDN untuk menghentikan sebaran berita yang palsu. Dalam konteks yang sedia ada, jawatankuasa ini akan menjadi satu lagi alat BN untuk mengawal media.

Kami menggesa warga Malaysia membantah penindasan terhadap tiga akhbar parti ini. Tindakan KDN ini bukan sahaja satu diskriminasi terhadap parti pembangkang, malah menafikan hak mengetahui oleh rakyat.

Oleh itu, semua rakyat Malaysia harus terus mendesak untuk reformasi secara menyeluruh terhadap akta media, terutamanya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Kami menggesa rakyat menulis kepada Perdana Menteri, dan Menteri KDN (dengan kandungan yang dicadangkan berikut), mendesak agar pengharaman ketiga-tiga akhbar ini dibatalkan. Malah kerajaan persekutuan digesa untuk meneladani kerajaan negeri Selangor, yang mengusulkan Rang Undang-undang Enakmen Kebebasan Maklumat yang pertama di Malaysia.

Lampiran (Contoh kandungan surat)

Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Faks : 03-8888 3444
Email : aziz@pmo.gov.my, dfatmi@pmo.gov.my
(Setiausaha sulit dan politik PM)

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Dalam Negeri
Faks: 03-88891613/03-88891610
Email: menteri@moha.gov.my

23 Julai 2010

Batalkan pengharaman terhadap Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket

Saya, selaku warga Malaysia membantah pengharaman dan halangan yang dikenakan ke atas penerbitan dan pengedaran ketiga-tiga organ parti pembangkang, iaitu Suara Keadilan, Harakah and The Rocket. Tindakan kerajaan yang tidak demokratik ini telah mencabul hak saya untuk akses kepada informasi.

Maka saya menuntut kerajaan membatalkan pengharaman dengan segera dan tanpa syarat, dan kemudian mereformasikan undang-undang media, untuk memastikan satu suasana media yang bebas daripada kawalan politik, di mana kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang mempunyai peluang yang sama rata untuk akses kepada media awam dan swasta.

Yang benar,

___________

(Nama penuh)

*Kenyataan media oleh Wong Chin Huat, selaku Pengerusi WAMI (Writers Alliance for Media Independence). Diterjemah dari kenyataannya dalam bahasa Cina.

Baca Seterusnya......

Friday, July 23, 2010

Zunar failkan saman terhadap KDN esok

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Kartunis Zulkifli Anwar Ulhaq atau Zunar bersama dengan penerbit bukunya, Malaysiakini akan memfailkan saman ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mengharamkan buku-bukunya iaitu kartun 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun.

Saman itu akan difailkan mereka Isnin, 26 Julai ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.Perkara ini dimaklumkan oleh Zunar dalam satu kenyataannya hari ini.

24 Jun lepas, media menyiarkan kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam yang berkata dua buku Zunar diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

Buku-buku itu adalah 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun telah diharamkan.

(Gambar: Zunar bersama Nurul Izzah dan Pakcik Amjal ketika melancarkan buku-bukunya)

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," Mahmud Adam dipetik sebagai berkata.

Namun demikian, Zunar dalam kenyataan balasnya berkata, beliau tidak akan berhenti dari berkarya sehingga ke titisan dakwat yang terakhir.

“Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh mengharamkan minda saya. Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir," kata Zunar.

Ekoran itu, beliau mengambil keputusan untuk menyaman KDN kerana mengharamkan buku dan majalahnya itu.

Sebelum diharamkan, empat buah buku dan majalah Zunar telah dirampas oleh polis.

Dua daripadanya berbentuk buku yang tidak memerlukan permit dan dua lagi majalah yang ada permit daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri.

"Saya sedang bincang dengan peguam dan harap dapat failkan saman dalam masa terdekat," kata Zunar.

Beliau bercadang menamakan polis, KDN dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam kes ini.

Ketika dirampas, kata Zunar, polis tidak memberikan sebarang sebab rampasan itu.

Katanya, ada juga yang dirampas tanpa sebarang rekod.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam kenyataannya sebelum ini melahirkan rasa kasihan melihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketakutan melihat penerbitan kartun-kartun karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar.
Baca Seterusnya......

Umno-BN sepatutnya sedia dikritik oleh Suara Keadilan, Harakah dan Roket

Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub berpendapat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memainkan peranan yang cukup besar dalam menyekat suara parti-parti pembangkang yang tidak mempunyai paltform lain kecuali media cetak yang dimiliki organ parti.

Beliau menegaskan penggunaan akta tersebut masih dianggap penting kepada kerajaan kerana media elektronik berada sepenuhnya di bawah kawalan kerajaan Umno-BN dan tidak membuka ruang langsung kepada parti yang tidak berpihak kepada kerajaan.

"Malaysia sebuah negara yang mendakwa sebagai negara demokrasi. Tetapi amat memalukan kerana negara lain seperti United Kingdom yang mana sebahagian sistem negara ini diambil dari negara tersebut, tetapi media di negara itu memberi kebebasan kepada semua parti menyuarakan pandangan.

"Dalam konteks Malaysia kebebasan tersebut tidak berlaku. Ditambah pula dengan penarikan permit penerbitan bagi akahbar yang merupakan sebahagian darida organ parti, ini menambahkan lagi kemuduran serta sikap kuasa hegemoni yang ada pada BN sebagai pemerintah," tegas.

Mustafa sewaktu dihubungi Harakah turut menegaskan Umno-BN seharusnya tidak melihat parti-parti bukan BN sebagai parti bawah tanah atau gerakan subversif dengan menyekat permit penerbitan akhbar kelolaan mereka.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat katanya merupakan parti yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan serta merupakan penyumbang kepada proses demokrasi yang sihat di Malaysia.

"Pada masa yang sama mereka boleh menegur parti-parti Pakatan Rakyat melalui media mereka. Seharusnya Perdana Menteri sebagai pemerintah mempunyai sikap yang lebih matang dalam iklim demokrasi di Malaysia.

"Kita mahu tanpa sebarang sekatan akan membuahkan kecerdikan politik di kalangan rakyat. Asas kepada demokrasi adalah seorang rakyat satu undi. Ini menunjukkan rakyat perlu dicelikkan politik mereka sebelum mereka membuat keputusan politik yang matang melalui proses pengundian," tegasnya.

Justeru katanya, perlu ada kesediaan pada pemerintah untuk ditegur melalui media kerana jika satu pihak sahaja mengeluarkan pandangan dan pihak mereka, manakala parti bukan BN hanya dianggap pengganas, ia merupakan pengkhianatan terhadap proses demokrasi.
Baca Seterusnya......

Thursday, July 22, 2010

AMCP: Najib perlu berani mansuh legasi Mahathir

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Keputusan pilihan raya umum, November 1999 memang bersejarah, terutama buat Umno dan Barisan Alternatif. Dan ia didahului oleh satu peristiwa tragis; pemecatan Anwar Ibrahim secara mengaibkan dari jawatan kerajaan dan parti.

Teriakan reformasi menjadi fenomena dan siulan popular. Ramai menteri Umno tumbang dalam pilihan raya ke-10 itu. Jumlah kerusi Parlimen PAS meningkat berlipat kali ganda meskipun majoriti dua pertiga BN belum dapat dinafikan. Selain mengekalkan penguasaannya di Kelantan, PAS berjaya memerintah Terengganu. Presidennya, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor dilantik Ketua Pembangkang di Parlimen.

Buat pertama kali propaganda Umno melalui media di bawah kawalan mutlaknya ditolak pengundi, terutama orang Melayu. Perkiraan politik Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad tersasar. Rakyat Malaysia tidak lagi menerima apa saja penjelasan pemimpin kerajaan.

Pertuduhan ke atas Anwar diketawakan, jelas ia dibuat secara tergesa-gesa dan sarat dengan motif politik. Isunya hanyalah survival kuasa sang Perdana Menteri yang begitu takutkan bayang-bayang sendiri. Pengalaman Presiden Suharto yang terpaksa berundur, juga atas desakan reformasi, begitu membimbangkan Dr Mahathir.

Rakyat tidak mudah lagi menelan bulat-bulat muntahan pemimpin Umno. Jualan akhbar utama menjunam, sebaliknya media alternatif seperti Harakah, Eksklusif dan Detik ditunggu-tunggu di pasaran.

Melalui satu kajian, seperti dilaporkan dalam buku "Transparency and Authoritarian in Southeast Asia" oleh Garry Rodan (2004), di antara tahun 1990 dan 2000, pembaca NST jatuh 34 peratus, Utusan Malaysia merudum 27 peratus dan Berita Harian, 30 peratus. Pada masa sama, menurut kajian itu lagi, edaran
Harakah meningkat, daripada sekitar 70,000 naskhah kepada 350,000 naskhah.

Beberapa penerbitan seperti Detik, Wasilah, Tamadun, Eksklusif dan Aliran Monthly, meningkat jualannya. Majalah Tamadun misalnya, yang saya terajui ketika Anwar dipecat, mencatat sejarah. Mungkin buat pertama kali sebuah majalah bulanan terpaksa diulang cetak, bagi terbitan September 1999, dan meningkat mendadak edarannya, daripada 20,000 naskhah kepada 140,000. Halaman warna majalah itu dijadikan poster dan dijulang oleh para demonstran di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Majalah Detik yang saya sewa permit penerbitannya daripada seorang teman juga menikmati tempias yang menakjubkan itu. Jumlah cetakan melebihi 100,000 naskhah walaupun ia diuruskan secara amatur. Ringkasnya, pembaca mula ghairah mencari bahan bacaan alternatif selepas muak dengan "pendedahan lucah" akhbar yang dikongkong Umno-BN. Ketika itu juga laman-laman reformasi diminati sehingga kandungannya difotokopi bagi sebaran ke seluruh pelosok tanahair.

Dr Mahathir jelas berdendam dengan penerbitan bebas, yang memberi ruang buat seteru politiknya mendekati rakyat. Langkah awalnya selepas membentuk kerajaan pada November 1999 ialah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri melalui peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 agar tidak memperbaharui permit Detik, Eksklusif dan Wasilah.

Sebenarnya kebenaran sudahpun diberikan kepada Detik, dan kami telah membayar RM500 kepada KDN. Bagaimanapun, permit yang diluluskan pegawai KDN itu ditarik balik, atas arahan menteri. Difahamkan isu majalah Detik yang digunakan pembangkang dalam kempen di Kedah mendapat perhatian istimewa dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Mujur permit Detik milik seorang kawan, jika ia hak peribadi tentu saya akan menerbitkannya juga disebabkan kami sudahpun menyiapkan urusan rekabentuk kandungan Detik keluaran November 1999. Saya sudah bersedia menghadapi apa jua tindakan KDN. Tetapi bagi mengelak bebanan buat rakan tadi, maka saya terpaksa akur. Rugi besar juga saya ketika itu.

Pada Mac 2000, kekerapan penerbitan Harakah dikurangkan daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan. Fungsinya sebagai sebuah akhbar dilumpuhkan, menyamai majalah-majalah hiburan yang juga diterbitkan dalam kekerapan sama.

Agak hairan juga saya dengan sikap pimpinan PAS yang dilihat "bersikap terbuka" dengan tindakan "ganas" Menteri Dalam Negeri itu. Seingat saya, hanya satu demonstrasi kecil dianjurkan di hadapan Masjid Negara membantahnya.

Kemudiannya kita menyaksikan tangkapan ISA dibuat ke atas aktivis reformasi dengan pertuduhan palsu dan sekatan berhimpun diperketatkan lagi, semata-mata demi survival Umno yang semacam "nyawa-nyawa ikan" waktu itu.

Bagi Dr Mahathir, momentum sokongan rakyat kepada BA harus disekat segera. Ternyata Umno-BN memilih pendekatan keras dan mendera, berbanding cara memujuk, bagi meraih kembali undi pengundi Melayu.

Jika diteliti sejarah pindaan AMCP 1984 - yang dibentangkan di Parlimen pada 3 Disember 1987, lebih kurang sebulan selepas tangkapan borong lebih 110 aktivis sosial dan politik dalam Operasi Lalang ISA, juga membabitkan pembatalan permit empat akhbar, The Star, The Sunday Star, Watan dan Sin Chew Jit Poh - Dr Mahathir memang sengaja mahu bertembung dengan kuasa kehakiman yang dilihatnya banyak menganggu pemerintahan kuku-besinya.
Dorongan utama Dr Mahathir meminda AMCP adalah berikutan kes pembatalan permit kerja wartawan Asia Wall Street Journal (AWSJ) di Kuala Lumpur, John Peter Berthelsen dan kes penolakan permohonan Aliran untuk mendapat permit penerbitan dalam bahasa Melayu.
Dr Mahathir yang juga Menteri Dalam Negeri mengemukakan beberapa pindaan yang cukup tidak demokratik, antaranya, penghapusan konsep pembaharuan permit, menambahkan satu lagi kesalahan iaitu berita yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, keputusan menteri tidak boleh dicabar di mahkamah, dan penyingkiran hak untuk pendengaran bagi kes-kes penggantungan atau pembatalan permit.

Semasa perbahasan di Dewan Rakyat, ramai ahli-ahli Parlimen pembangkang, misalnya Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng tidak dapat menyertainya kerana dikurung ISA. Dalam buku "Akhbar dan Kuasa" (1996), Mohd Safar Hasim merakamkan bahawa wakil DAP Bukit Bintang, Lee Lam Thye berkata pindaan seksyen 13A dan 13B amat tidak demokratik dan keras. Tambahnya, cadangan pindaan itu dengan jelas memberi kuasa lebih luas kepada menteri. Sekiranya diluluskan, beliau akan menjadi pendakwa, hakim,
juri, dan pelaksana kerana beliau dan beliau sahajalah boleh membuat keputusan ke atas nasib semua penerbitan di mana tiada ruang untuk menuntut keadilan.

Malah penyokong kerajaan, Dr Goh Cheng Teik (BN - Nibong Tebal) meminta menteri menimbang semula seksyen baru 13A. "Menteri telah mengatakan bahawa demokrasi kita beralaskan sistem pembahagian kuasa. Mengikut falsafah pembahagian kuasa ini tiap-tiap cawangan pemerintah mengadakan peranan masing-masing. Cawangan badan perundangan menggubal undang-undang, cawangan eksekutif menguatkuasakan undang-undang, cawangan kehakiman bertanggungjawab menyemak undang-undang yang digubal oleh cawangan badan perundangan untuk menentukan bahawa ia betul-betul secocok dengan Perlembagaan dan juga menyemak penguatkuasaan undang-undang yang dijalan oleh cawangan eksekutif ini untuk menentukan bahawa ia secocok dengan undang-undang kita."

Wakil tunggal PAS, Nik Abdullah Nik Arshad (Pengkalan Chepa) mengatakan kerajan tamak kuasa, dan terlampau berhasrat untuk mengekalkan kuasa. Dengan sebab itu kerajaan tidak cukup dengan beberapa akta yang ada seperti ISA, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Tetapi dengan pindaan itu, lebih ketara nampaknya kerajaan untuk mengepung segenap ruang kebebasan rakyat supaya rakyat menjadi kaku dan beku dalam menyampaikan sesuatu pandangan khususnya tentang kesilapan kerajaan.
Rupanya syarat-syarat permit itu boleh ditambah oleh KDN, misalnya untuk Harakah, ia hanya boleh dijual kepada ahli dan di premis parti, selain kandungannya hanya terbatas kepada kegiatan parti sahaja. Kalaupun Harakah boleh beroperasi di luar batasan itu, ia sekadar ehsan pemerintah, bukannya hak yang dijamin. Seolah-olah ahli PAS hanya terkurung di Batu Caves sahaja dan tidak bercampur gaul dengan masyarakat!

Menyedari tindakan melampau KDN, saya bersama beberapa rakan media membentuk Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI). Tujuannya untuk menimbulkan kesedaran awam terhadap kemerosotan ketara ruang rakyat berpartisipasi terutama melalui media bebas.
KAMI mengadakan pertemuan dengan Suhakam, di sebuah hotel di KL, membabitkan Naib Pengerusinya, Allahyarham Hakim Harun Hashim serta pesuruhjaya Hamdan Adnan, Mehrun Siraj dan Zainah Anwar. Saya kerap diundang Suhakam ke majlis anjurannya, berkaitan kebebasan media. Pernah sekali bersama Zainudin Maidin.

KAMI sempat menganjurkan majlis makan malam sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, di Hotel Vistana, yang turut menganugerahkan Pak Said Zahari sebagai tokoh pejuang kebebasan media. Rakan sepejabat, dengan idea kreatifnya, menyiapkan gimik keranda untuk "jenazah Detik" yang dimatikan secara kejam.

Menteri Dalam Negeri bertukar ganti namun AMCP tetap tidak dipinda dan langsung tiada riak daripada PM Najib Razak untuk melonggarkannya, walaupun ada inisiatif untuk meminda ISA. Reaksi bekas menteri, Syed Hamid Albar bagi memansuhkannya juga tidak dihiraukan. Khairy Jamaluddin, ketika berucap pada forum Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), pada 10 Mei 208 turut menggesa agar AMCP dimansuhkan.
Pada 2 Mei lalu, Presiden NUJ, Norila Mohd Daud menggesa kerajaan supaya mengkaji semula AMCP yang disifatkannya sebagai sudah ketinggalan berbanding dengan keadaan semasa.

Malah dalam tempoh 1999 dan 2000, lebih 1,000 wartawan akhbar arus perdana menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri supaya akta berkenaan dipinda.

Justeru, dengan berulangnya karenah KDN mengenai permit penerbitan baru-baru ini, membabitkan Harakah, Suara Keadilan dan Roket tidak syak lagi, tiba masanya KAMI kembali aktif berkempen agar bukan sahaja AMCP dimansuhkan, tetapi media dapat dibebaskan sepenuhnya dari kongkongan pemerintah.

Media bebas akan menguntungkan semua pihak, termasuk kerajaan yang bersikap terbuka.

AMCP yang bermula dengan Ordinan Mesin Cetak 1948, yang digunakan untuk berdepan ancaman pengganas bersenjata komunis, sudah tidak relavan lagi kewujudannya. Di zaman kuasa siber mendominasikan situasi, AMCP hanya perkakas terakhir bagi pemerintah korup mempertahankan hari-hari akhirnya.
Baca Seterusnya......

Wednesday, July 21, 2010

KAMI mahu Akta Mesin Cetak dipinda



Baca Seterusnya......

Perbincangan serius semua pihak perlu wujudkan kebebasan media di negara ini - Prof Madya Dr Abu Hassan

Sudah tiba masanya pelbagai pihak membentuk perbincangan secara serius terhadap hak dan kebebasan media dalam negara ini. Penggunaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menjadi 'senjata' kerajaan Umno-BN menyekat kebebasan rakyat bersuara. Terbaru, KDN tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan. Apakah nasib demokrasi negara ini? Sejauhmana kekangan terhadap akhbar-akhbar alternatif ini boleh menghalang rakyat mendapat maklumat ketika mereka sedang mengalami proses keterbukaan informasi. Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia, Professor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah mendesak Pakatan Rakyat secara serius membatalkan akta itu di Parlimen. Ikuti interbiu wartawan SALMIYAH HARUN bersama beliau.

Apa respons pertama Dr terhadap tindakan KDN menggantung permit surat khabar oposisi Suara Keadilan?

DR. ABU HASSAN HASBULLAH: Tentang pengharaman Suara Keadilan (SK) itu mungkin kita perlu mendapat penjelasan atas faktor-faktor apakah yang membolehkan tindakan itu diambil pada prinsip yang sepatutnya. Kemungkinan sudah tiba masanya di semua peringkat membentuk perbincangan terhadap kebebasan media dan Akta Mesin Cetak perlu dilakukan secara kolektif, komprehensif dan secara pragmatik bagi membolehkan hasrat negara untuk menjayakan demokrasi secara lebih murni dan sempurna.

Kaitannya dengan sistem demokrasi...

Pengharaman SK ini juga kita lihat sebagai suatu tindakan yang mungkin menimbulkan banyak persoalan terhadap nasib demokrasi yang diamalkan dalam negara kita. Ini kerana, rakyat tidak mendapat penjelasan yang selengkap-lengkapnya terhadap sebab-sebab atau faktor-faktor yang boleh menyokong terhadap tindakan tersebut.

Difahamkan KDN ada menjelaskan antara sebab kerajaan mengharamkan akhbar itu kerana menyentuh isu-isu semasa. Sedangkan dari segi realistik sebagai akhbar alternatif sudah tentu mereka wajar menyentuh apa yang bertentangan dengan dasar kerajaan.

Itulah... kita kena fahami pada pandangan masyarakat sudah memahami SK adalah akhbar institusi atau akhbar organisasi, dan kebetulan SK akhbar institusi politik milik KeADILan. Jadi sudah pastilah sebagai akhbar milik organisasi maka jauh sama sekali nilainya iaitu akan berfungsi sebagai jurucakap kepada parti itu. Sudah pastilah akhbar ini akan mencetus dan melaporkan maklumat-maklumat dari posisi institusi tersebut. SK tidak boleh disamakan dengan akhbar-akhbar di peringkat nasional iaitu akhbar harian kerana mereka lebih mewakili sebuah pihak. Jadi semua orang tahu bahawa akhbar SK ini milik organisasi sama juga akhbar sebuah masjid, akhbar kecil bagi sebuah sekolah atau sebagainya.

Tapi perlukan akhbar parti diharamkan?

Jadi sudah pasti isu-isu yang dibangkitkan dalam akhbar tersebut berkaitan dengan pemikiran dan apa sahaja yang berhubungan dengan perjuangan organisasi tersebut. Apa yang berlaku pada SK ini dilihat oleh masyarakat dalam bentuk pertanyaan "adakah kita masih memerlukan tindakan-tindakan semacam itu seperti mengharamkan atau sebagainya?".

Sejauh mana pengharaman akhbar alternatif ini memberi kesan terhadap penerimaan maklumat oleh rakyat?


Masyarakat pada waktu yang sama sudahpun mengalami proses keterbukaan informasi yang didedahkan dalam internet dan sebagainya. Dalam kata lain masyarakat tidak melihat sejauh mana kesan yang dibawa oleh akhbar itu terhadap pemikiran masyarakat. Walau bagaimana pun, bentuk laporan yang dikemukakan oleh mana-mana akhbar sudah pasti masyarakat akan menilainya, memprosesnya, dan akhirnya membuat pemutusannya sendiri. Di dalam proses demokrasi seperti kata 'Rendra' sendiri "biarkan masyarakat mempunyai lidahnya sendiri'. Sudah pastilah rakyat berhak untuk bercakap dan berhak untuk mendedahkan sesuatu kepincangan yang memungkinkan berlakunya proses-proses pemutusan tadi. Inilah yang rakyat persoalkan kenapa ini masih terjadi. Barangkali atas alasan-alasan apa kerana dalam masa yang sama rakyat memerlukan maklumat untuk berfikir dan memproses dan sebagainya.

Mengapa akhbar pembangkang dikenakan tindakan jika menjentik kerajaan malangnya akhbar kuasaan kerajaan pula sebaliknya?

Itulah... maknanya sekarang kita harus mengatakan bahawa walau bagaimana pun masyarakat tetap mendapatkan informasi yang sebenarnya daripada segala bentuk perkembangan media sekarang. Apa yang dituntut masyarakat sekarang kemungkinan ialah kebenaran. Apa pun tindakan dilakukan oleh mana-mana pihak sekalipun mestilah berasaskan kepada kesaksamaan ini kepada keadilan bagi semua, kerana dalam sebuah proses demokrasi ini bagi sebuah negara yang agung keadilan adalah teras kepada peradaban.
Inilah perlu diberitahu bahawa negara yang baik itu adalah negara yang menjayakan proses peradaban yang adil buat semua.

Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984 antara yang cuba menyekat hak dan kebebasan media sekaligus menghalang rakyat untuk bersuara. Relevankah akta ini sekarang?

Sekarang tanggungjawab semua. Wakil-wakil daripada Pakatan Rakyat harus bertindak lebih berani. Sekarang ini di parlimen bukan sahaja di pihak kerajaan bahkan di pihak Pakatan Rakyat yang mempunyai anggota parlimen yang cukup. Tetapi kenapa hal ini tidak dibawa secara serius untuk membatalkan akta ini. Saya tidak nampak sejak daripada beberapa kali persidangan Dewan Rakyat dan tidak ada mana-mana ahli parlimen pun secara serius, konsisten membangkitkan isu ini.
Baca Seterusnya......

Tuesday, July 20, 2010

Sekat kebebasan akhbar amat jelas bercanggah dengan Rukun Negara

Menyekat kebebasan akhbar tanpa sebarang alasan yang kukuh dan adil itu sendiri bertentangan dengan salah satu prinsip Rukun Negara iaitu Keluhuran Perlembagaan khususnya pada Bahagian 2 Perkara 10, kebebasan hak asasi dan kebebasan bersuara – menyatakan pendapat dan pendirian.

Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah, Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi mendakwa, penggubalan Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan pada tahun 1984 bertujuan bagi meneruskan kesinambungan akta yang dibentuk semasa era penjajahan British bagi memastikan survival pemerintahan mereka. Beliau berpendapat akta tersebut memperuntukkan beberapa perkara yang tidak masuk akal apatah lagi dalam era dunia tanpa sempadan hari ini.

Tegasnya, tindakan kerajaan Umno-BN yang sekali lagi menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ini terhadap akhbar Suara Keadilan kerana dikatakan menyiar berita berunsur fitnah memperkukuhkan lagi kepercayaan umum bahawa akta ini salah satu antara senjata akhir yang akan digunakan Umno-BN bagi memastikan survival kuasa mereka.

"Kita mengakui apa jua kebebasan itu mesti ada hadnya. Bagaimanapun had tersebut pula tidak wajar hanya mengikut pandangan atau definsi seorang menteri seperti yang berlaku dan diperuntukkan dalam akta yang ada sekarang.

"Menteri boleh menggantung, menyekat dan menyambung atau menghentikan mana-mana permit penerbitan sesebuah akhbar sesuka hati atas nama mengikut budi bicaranya. Ia mudah disalahgunakan oleh menteri dan pihak berkuasa seperti yang sering berlaku ke atas akhbar-akhbar alternatif khususnya Harakah dan Suara Keadilan," katanya sewaktu dihubungi.

Justeru itu, kerajaan secara adil dan bertanggungjawab mesti segera mengemukakan satu garis panduan yang jelas terhadap permasalahan ini. Ia termasuk pendifinisian semula maksud serta kriteria kebebasan dan juga faktor-faktor yang boleh membawa kepada sekatan ke atasnya.

"Seharusnya sebelum ia dikuatkuasakan biarlah dibentang kepada umum untuk diperdebatkan untuk kita akhirnya merumuskan satu dasar dan pendekatan yang jauh lebih seimbang dan saksama," katanya
Baca Seterusnya......

Monday, July 19, 2010

Lawanlah akta penerbitan macam kita lawan ISA

Oleh Sengat Tebuan

Sepatutnya kempen melawan akta mesin cetak dan penerbitan sudah lama dianjurkan, macam kita menentang ISA juga. Malang sekali tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menggemblengkan tenaga mereka yang berminat untuk berkempen dan menimbulkan kesedaran bahawa akta zalim itu juga mesti dimansuhkan, sehinggalah apabila permit penerbitan semua akhbar pembangkang berdepan dengan masalah di KDN.

Seingat saya, dulu Ahmad Lutfi Othman dan Fathi Aris Omar pernah menubuhkan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), kalau tak silap, selepas majalah Detik dan Wasilah, juga akhbar Eksklusif diharamkan KDN, iaitu lebih kurang tahun 2000 atau 2001.

Dan inilah ketikanya KAMI diaktifkan semula. Saya tak pasti Ahmad Lutfi yang masih keuzuran itu masih mampu untuk menggerakkan KAMI tapi tentulah wartawan bebas tidak kekurangan aktivis untuk menggantikannya. Sama ada mahu melancarkan demonstrasi atau tidak, ia bukan isu utama, yang penting harus ada kempen tersusun di negara kita bagi membebaskan media. Dan akta mesin cetak dan penerbitan itu adalah halangan awal yang mesti ditumpaskan dahulu.

Saya harap KAMI tidak menunggu masa lama untuk mengaum kembali. Memang Harakah, yang mana Ahmad Lutfi menjadi Ketua Pengarangnya, sudah mendapat permit tapi adalah tidak patut sama sekali bila Harakah dapat permit maka Lutfi dan kawan2nya di Harakah senyap serta tidak mempedulikan rakan-rakan lain di Suara Keadilan dan juga Roket.

Harakah pun akan terus dikongkong dengan macam2 syarat. Dan kalau KDN rasa tak puas hati mereka boleh gantung semula seperti yang berlaku pada bilan Mac tahun lepas. Jadi, tunggu apa lagi ....
Baca Seterusnya......

Sunday, July 18, 2010

Sekat kebebasan media bukti Malaysia belum merdeka sepenuhnya - Dr Nasir Hashim

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim menegaskan kerajaan sesebuah negara demokratik tidak akan membuat satu undang-undang yang menyekat hak rakyat untuk mendapatkan maklumat.

Jelasnya, kewujudan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 hanya disalah guna untuk mengongkong pemikiran rakyat dan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Genarasi akan datang akan terkeliru kerana perkara yang benar tidak dapat disampaikan dan gagal diatasi sama ada daripada segi ekonomi, politik atau sosial, ujarnya.

"Kerajaan hanya takut pada bayang-bayang sendiri kerana bergantung kepada akta ini. Mereka hanya takut kepada rakyat dan takut pada pemikiran baru. Kerajaan ingat mereka sahaja yang benar tapi rakyat yang bersedih kerana hak mereka mendapatkan maklumat disekat.

"Umno-BN sebagai pemerintah seharusnya mempunyai sikap tolak ansur untuk mendengar keluhan rakyat yang disampaikan melalui media. Kongkongan begini hanya menjadikan negara kita berpaksikan pemerintahan kuku besi," tegasnya sewaktu dihubungi.

Dr Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara berpendapat kebebasan memberi pandangan tanpa sebarang sekatan dapat mengukuhkan serta menajamkan lagi daya menganalisis rakyat tentang sesuatu isu. Sebaliknya sekatan dan kongkongan keterlaluan akan menyebabkan rakyat menggunakan medium lain untuk mendapatkan maklumat.

"Keadaan ini akan membahayakan pemikiran rakyat. Kehadiran media baru seperti blog juga dikatakan mengancam keselamatan. Kerajaan Umno-BN hanya mempertahan kedudukannya dan bukan kedudukan negara, keselamatan serta kebajikan negara," tegasnya.

Sehubungan itu, tegasnya negara masih belum mencapai kemerdekaan sepenuhnya kerana pendekatan demokratik hanya sekadar hebahan tanpa diaplikasi sepenuhnya dengan memberi ruang kepada rakyat kebebasan mendapatkan maklumat.
Baca Seterusnya......

Anak jantankah Najib Tun Razak untuk mansuhkan Akta Mesin Cetak & Penerbitan?

Oleh Mat Zain Mat Isa

Tentu ada hikmah sangat besar mengapa Allah Ta’ala mentakdirkan Kumpulan Media Karangkraf memilih minggu lalu untuk melancarkan penerbitan peringkat nasional bagi tabloidnya, Sinar Harian. Paling tidak pun peristiwa bersejarah itu mendorong masyarakat, terutama khalayak media, kembali membicarakan soal kebebasan media dalam negara kita. Apatah lagi dalam konteks Sinar Harian yang bermottokan ‘Telus dan Tulus’ memang mengamalkan konsep kewartawanan yang bebas dan tidak memihak.

Bak kata Penasihat Editorial Kumpulannya, Abdul Jalil Ali, “Sinar Harian dilabel pembangkang sebagai suara kerajaan manakala pada pihak kerajaan beranggapan Sinar Harian sebagai suara pembangkang. Namun... Sinar Harian tidak berpihak kepada mana-mana pihak dan berpegang kepada sikap neutral”. Setakat ini hakikat itu diakui semua pihak, termasuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak sendiri, yang dijemput merasmikan pelancaran akhbar itu. Besar kemungkinan beliau terikat dengan janjinya sebelum ini.

Di hadapan pemilik dan pengamal media, Najib pada April 2009 pernah menyatakan bahawa media tidak semestinya menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membuat liputan. Apa yang lebih ditekankannya ialah laporan yang bertanggungjawab, benar, adil dan berfakta.

Bagaimana pun itu tidak bermakna beliau senang hati dan bersedia menerima kecenderungan bebas itu berlanjutan sehingga ke tahap tidak menguntungkan parti dan kerajaannya. Hasrat sebenar beliau itu secara tidak langsung diluahkannya minggu lalu.

“Saya akui beritanya (Sinar Harian) kadang-kadang lebih ke sana (pembangkang), kadang-kadang lebih kita (BN), tapi saya harap lebih (kepada) kita sikit,” katanya sewaktu melancarkan akhbar berkenaan.

Mahu tidak mahu perlu kita akui bahawa setakat ini itulah tahap kebebasan media yang boleh diterima BN. Bahawa keterbukaannya untuk menerima perbezaan pandangan dan laporan tidak memihaknya hanya sekadar retorik. Realitinya masih jauh dari apa yang disebutkan itu. Cakap Najib itu seakan mengisyaratkan bahawa baginya kebebasan sesuatu media itu seeloknya perlulah melebihkan liputan dan kecenderungan yang menguntungkan BN berbanding pembangkang, biar pun sedikit.

Ertinya, dalam keadaan parti itu sudah ada sebilangan media arus perdana yang hampir seratus-peratus memihaknya dan tidak langsung menampakkan kecenderungan menguntungkan pembangkang, BN masih menganggap perlu memastikan mana-mana media alternatif tidak merugikannya.

Maka apakah boleh diharapkan BN bersikap terbuka dan selesa dengan “kebebasan sementara” yang dipinjamkannya kepada media milik pembangkang? Masalah permit penerbitan yang membelenggu akhbar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Harakah sendiri seperti diketahui umum minggu lalu bagaikan menjawab persoalan itu.


Isu kebebasan media, terutama penerbitan akhbar oleh pembangkang sering diperbahaskan. Bagi membuktikan ketelusan dalam menjamin kebebasan media, BN sering memetik contoh keterbukaannya memberikan permit penerbitan kepada parti-parti pembangkang.

Bagaimana pun, hakikat bahawa kuasa melulus atau membatalkan permit tersebut terletak di tangan BN menyebabkan akhbar-akhbar pembangkang sentiasa dihantui kebimbangan. Permit penerbitan menjadi belenggu agar mereka tidak terlalu bebas mengutarakan pandangan alternatif, terutama sehingga mencabar dan menggugat kekuatan BN.

Memang pada zahirnya BN sering menyebut hasrat mewujudkan media bertaraf dunia. Bahawa media perlu berperanan menyalurkan maklumat yang tepat. Media adalah pendidik rakyat supaya boleh berfikir secara terbuka dan bijak membuat pilihan saksama dalam apa jua perkara berhubung hidup mereka. Namun prinsip yang ideal itu setakat ini hanya tinggal impian Realitinya, BN terlalu sempit dan berat sebelah dalam pertimbangannya berhubung hal itu.

Contohnya, sudah menjadi adat akhbar pembangkang mengutarakan pandangan kedua yang bersalahan dengan pendirian BN. Mana logiknya kita mengharapkan mereka senada dengan media arus perdana yang pro-BN?

Malangnya mereka sering dimomokkan kononnya menyiarkan berita menyalahi fakta, fitnah dan bohong. Laporan media pembangkang yang mendedahkan kelemahan dan kepincangan kerajaan dengan mudah dinilai sebagai menghasut rakyat membenci BN. Maka jalan singkat bagi menyelesaikannya ialah dengan menarik balik permit penerbitannya.

Anehnya, sudah ada beberapa kes di mana akhbar arus perdana kroni BN diseret ke mahkamah dan dibuktikan bersalah menyiarkan laporan berunsur fitnah terhadap pembangkang atau menyalahi ajaran agama. Tidak pula pernah kita dengar BN berura-ura membatalkan permitnya. Apakah itu adil namanya?

Mahu tidak mahu wajar diakui setakat ini permit penerbitan cenderung disalahgunakan BN sebagai senjata untuknya mengekang kebebasan akhbar pembangkang. Sedangkan negara ini sudah ada berbagai akta dan peraturan untuk menangani sebarang salah lapor atau perlanggaran undang-undang oleh media cetak.

Selain itu, kongkongan permit cetak juga dilihat sudah tidak relevan dengan dunia langit terbuka dan teknologi maklumat tanpa sempadan masakini. Maka, apakah demi kebebasan media, BN bersedia menghapuskan sama sekali peraturan mewajibkan permit penerbitan akhbar suatu masa nanti? -

Baca Seterusnya......

Dato' A Samad Said yakin kesatuan rakyat mampu mansuhkan Akta Mesin Cetak & Penerbitan

ISU kekangan media makin panas apabila KDN enggan memberi permit kepada Suara Keadilan, lidah rasmi Parti KeADILan Rakyat. Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984, mejadi pendinding kerajaan untuk bertindak. Ianya jelas diskriminasi dan tidak adil. Tokoh Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mehu rakyat memansuhkan akta itu. Beliau mengajak mereka bangkit dan teruskan kempen memansuhkannya. Ikuti pandang sisi beliau bersama TARMIZI MOHD JAM dan INTAN ABDULLAH yang menemui beliau baru-baru ini di KL Sentral.

Apakah Pak Samad melihat sudah sampai masanya rakyat melancarkan satu lagi gerakan massa untuk menuntut mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di negara ini?

DATO' A SAMAD SAID: Memang saya fikirkan akta itu tidak perlu. Ia adalah warisan daripada pemerintah Inggeris dan kita hanya melanjutkannya sahaja. Kita mempercayai itulah sahaja cara sebaiknya untuk mendamaikan ataupun untuk mengekalkan kuasa dengan gunakna akta itu - itu tidak benar. Banyak negara lain yang tiada akta seperti itu. Cuma kita yang kononnya berbudaya masih memerlukannya. Saya fikir akta itu sama sekali tidak perlu, yang harus dibina sekarang ini... mengembalikan takhta pengadilan. Jika salah maka dihukum. Tetapi landas kehakiman itu harus bersih, jujur, luhur. Itu sebab dalam lukisan saya ditekankan semua itu.

Kini KDN menyekat Suara Keadilan dari diterbitkan. Sebelum ini mengganggu beberapa akhbar tabloid...

Kadang-kadang yang mengecohkan ini hanya satu, dua orang yang tidak berfikir tetapi difikirkan oleh orang lain. Ini masalahnya, tetapi kita harus tahu bahawa negara ini memang negara yang sulit. Kita datang daripada satu sejarah di mana kita pernah terjajah dan memang kita sedar British membawa orang Cina untuk menjayakan lombong, orang India untuk menjayakan perusahaan getah tetapi kita harus fikir dia bikin bukan untuk kita tetapi untuk bisnes mereka (penjajah). Tetapi orang-orang yang datang sudah memberikan jerih perihnya sehingga negara ini menjadi sebuah negara yang majmuk dan sekarang inilah yang kita perlu waraskan dengan sebaiknya.

Agaknya dengan akta ini, suara rakyat boleh ditutup dan pekung pemeritah dapat disembunyikan?

Kita tidak berkata orang India bersatu kalau dalam MIC itu retak-retak, pecah-pecah. Malah parti-parti India pun sudah semakin rangai begitu juga dengan parti Cina dan Umno. Sehingga ada yang tubuhkan parti Semangat 46 kemudian dimansuhkan. Ini semua permainan kuasa. Tetapi dalam permainan ini kita perlulah jujur. Itu yang saya minta kita perlu adil, kerana kuasa ini tak berapa lama - yang paling lama kalau di negara ini Tun Dr Mahathir iaitu 22 tahun. Itupun sekarang ini dia yang menjerit, dia kata, "oh! orang Melayu sekarang ini sedang terancam". Dia yang memerintah 22 tahun dan sekarang dia kata orang Melayu terancam! Apa yang dia buat sebelum ini? Kenapa tidak menyediakan landasan, ini antara yang merunsingkan saya.

Semasa bantah PPSMI, rakyat tubuh GMP, isu ISA ada GMI, kemudian judi bola ada GMJ. Jadi dalam isu kekangan media ini, adakah rakyat perlu tubuhkan gerakan massa seperti itu untuk mansuhkan akta drakonian ini?

Ya, memang perlu. Ini kerana di situlah kuasawan bertenggek lama. Kita lihat di Amerika Syarikat misalnya, sebelum Bush memang banyak akhbar. Tetapi kemudiannya di zaman Bush senior dan junior mereka sudah dicantumkan sehingga Moghul (jika tidak silap saya) hanya ada lima atau enam sahaja. Tidak banyak dan akhbar itulah yang menyembunyikan apa yang dirasakan akan membahayakan kuasawan dan mendedahkan apa yang dirasa untuk memperkokohkan kuasawan. Saya fikir ini sedang berlaku di Malaysia.

Maksudnya media jadi alat pemerintah (kuasawan) membelasah musuhnya?

Media utama (maksud saya) memang untuk memperkukuh kuasa kuasawan dan kuasawan ini terjadi daripada percantuman antara bangsawan dan niagawan. Kita telah diperintah oleh bangsawan sebenarnya, selama ini. Tiada daripada urbawan daripada bawah yang bangun. Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein, Tun Abdul Razak semuanya bangsawan. Cuma Abdullah Badawi agamawan tetapi masih bangsawan. Dr Mahathirlah yang barangkali daripada golongan profesional yang agak berbeza iaitu daripada bawah. Tetapi sekarang (Najib Tun Razak) bangsawan lagi.

Jadi media bertindak sebagai pendokong mereka?

Tidakkah kita lihat sepanjang 50-60 tahun diperintah oleh bangsawan dengan bersekongkol dengan niagawan-niagawan tertentu dan kita menjerit dengan berkata kita sedang kehilangan itu dan ini. Padahal saya selalu timbulkan iaitu enam Perdana Menteri Melayu dan kita masih lagi menjerit. Apa yang dibuat oleh mereka itu kalau tidak dapat membela bangsanya sendiri? Di sinilah peranan media kuasaan mereka. Kemudian baru masuk unsur agamawan, iaitu Abdul Hadi Awang, Ustaz Nik Aziz. Sekarang ini ada imbangan tetapi itulah saya katakan kita tidak akan selamat selagi media utama itu berada di tangan kuasawan yang melulu.

Maksud Pak Samad...


Sebab kita lihat pelbagai soal yang timbul dan tenggelam oleh kerana media utama ini. Tengok soal beberapa penyelewengan kewangan daripada dulu dan walaupun angkanya tidak begitu rasmi dan jelas, ada ditimbulkan Perdana Menteri ini merugikan sekian bilion ringgit, begitu juga Perdana Menteri itu, merugikan sahaja. Tetapi itu terkadang begitu mudah ditutup. Soal pembunuhan Altantunya - meledak ditutup cepat. Begitu juga dengan isu serahan Blok L dan M, kerana yang memungkinkan, membuka, mengingatkan, adalah akhbar oposisi yang ditekan dengan alasan akhbar ini adalah akhbar yang tidak bertanggungjawab.

Benarkah akhbar oposisi tak bertanggungjawab?

Saya kira menutup hak untuk bersuara itu adalah suatu yang lebih tidak bertanggungjawab. Kalau hendak berlawan dalam boxing pun ada weightnya, ada heavy weight, middle weight, tapi ini tiada. Kita tak ada weight lah... itulah masalah kita. Belawan atad padang tak sama rata. Dia (Umno-BN) yang untung!

Terdapat dua gerakan massa yang telah berjaya merubah dasar kerajaan termasuk PPSMI dan GMJ. Bagaimana Pak Samad lihat kadar kepekaan rakyat terhadap isu mereka sekarang ini?

Menteri Kebudayaan (Rais Yatim) pun sokong judi. Ini semua kembali kepada undi. Biasanya ia terbahagi kepada dua iaitu ada yang boleh dibeli dan ada yang tidak. Saya tengok yang sedang berkembang ini adalah undi yang tidak boleh dibeli. Dalam dunia kuasa, ada yang boleh dibeli, macam ada oposisi yang melompat-lompat itu boleh dibeli. Tetapi tidak semua orang yang boleh dibeli. Kita tidak boleh menipu rakyat. Sudah tiba masanya, rakyat gerakka kempen mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ini. Buat macam GMJ, GMI dan GMP dulu. Bersatu menentang akta tinggalan penjajah ini. Ia memang menyekat suara rakyat. Mengongkong... mana demokrasinya? Rakyat kena bangkit. Kesempatan itu ada pada hari ini. Rakyat banyak yang sedar...

Tapi hari ini, kuasa rakyat benar-benar dilihat keramat...

Saya fikir juga sekarang ini keadaan sedang menjadi lain. Ternampak ada sokong menyokong antara bukan Melayu dengan Melayu sendiri pun - itu terbayang. Saya tidak tahu apa akhirnya. Tetapi sudah mula ada. Sudah ada perkembangan seperti PAS sudah diterima oleh bukan Islam. Sejauh mana kita tidak tahu. Ertinya sudah ada momok-momok politik yang dahulunya sengaja diperbesar dan sekarang sudah mula ditahkik. Orang biasa, bloggers pun sekarang sudah boleh menjadi ahli parlimen.
Baca Seterusnya......

Friday, July 16, 2010

Apabila demokrasi di hukum mati

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Kerajaan BN yang zalim telah mengggunakan Akta zalim iaitu Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 bagi melarang PKR untuk menerbitkan akhbar Suara Keadilan. Tulisan ini ingin membawa para pembaca melihat dan mengenali Akta draconian ini dengan lebih dekat supaya para pembaca dapat melihat kezalimannya dengan lebih dekat.

Harapan saya selepas para membaca artikel ini dan mengenali betapa buruknya Akta ini maka kita dapat bersama-sama dengan satu nada menyumpah Akta ini dan berdoa agar Akta ini dapat dimusnahkan dengan kadar segera.

Di dalam Islam hanya Allah yang ada kuasa mutlak. Kuasa manusia tidak mutlak. Kuasa manusia boleh dibahas dan dipertikaikan.Jika kita lihat Akta Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 ianya berpaksikan atas satu dasar sahaja iaitu Menteri Dalam Negeri adalah berkuasa penuh dan tiada siapa boleh persoalkan kuasa mutlak tersebut hatta Mahkamah .

Akta ini mengingatkan saya kepada kata-kata Lord Acton yang masyhur iaitu “ power corrupts and absolute power corrupts absolutely” (“Kuasa itu merosakkan dan kuasa yang mutlak rosak secara mutlak”) .

Ayuh mari kita berkenalan dengan Akta zalim ini.

Seksyen 6 ( 1 ) ( a ) memperuntukkan bahawa Menteri boleh melalui budibicaranya yang mutlak memberikan kebenaran atau permit kepada mana-mana orang untuk menncetak dan menerbitkan suratkhabar di Negara ini tetapi dalam masa yang sama di bawah seksyen 6 ( 2 ) Menteri yang sama juga diberikan kuasa mutlak untuk membatalkan permit suratkhabar atau menggantungnya seberapa lama yang Menteri itu mahu.

Seksyen 13A ( 1 ) Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 memperuntukkan bahawa keputusan Menteri untuk tidak memberikan, membatalkan permit atau menggantung permit adalah muktamad dan keputusan tersebut tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa alas an sekalipun.

Seksyen 5 pula mengandungi 10 kesalahan yang boleh dikenakan ke atas mana-mana orang iaitu kesalahan-kesalahannya adalah mencetak, mengimport ,menerbitkan, menjual dan mengedar mana-mana suratkhabar yang tidak mendapat permit dari Menteri atau kesalahan atau menawarkan

diri untuk mencetak,menawarkan diri untuk mengimport , menawarkan diri untuk menerbitkan,menawarkan diri untuk menjual dan menawarkan diri untuk mengedar mana-mana suratkhabar yang tidak mendapat permit dari Menteri.

Mana-mana orang yang didapati melakukan mana-mana kesalahan dari 10 kesalahan di atas boleh ditangkap dan jika didapati bersalah oleh Mahkamah boleh dihukum dengan hukuman penjara tidak lebih dari 3 tahun penjara atau dengan hukuman denda yang tidak melebihi RM 20,000-00 atau kedua-duanya.

Akta ini juga memberikan kuasa kepada Pendakwa Raya , jika dia mendakwa mana-mana orang di bawah mana-mana peruntukkan Akta ini , untuk meminta Mahkamah menggantung penerbitan akhbar tersebut dan jika Mahkamah berbuat demikian ianya adalah suatu yang sah di bawah seksyen 8c ( 2 ) Akta tersebut.

Akta ini juga berdasarkan seksyen 12 ( 1 ) memberi kuasa mutlak kepada Menteri untuk meletakkan apa-apa syarat di atas permit yang diberikan dan kuasa Menteri ini juga tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana Mahkamah atas apa-apa alasan sekalipun. Kita tentu tidak lupa bagaimana akhbar Harakah pernah dikenakan syarat-syarat yang tidak munasabah oleh Menteri meskipun permit dikeluarkan.

Saya masih ingat sewaktu mewakili Harakah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Menteri suatu ketika dahulu. Harakah telah mencabar syarat-syarat yang dirasakan tidak munasabah yang dikenakan ke atas akhbar tersebut.

Saya masih ingat salah satu syarat yang dikenakan kepada Harakah adalah ia hanya boleh menerbitkan berita tentang PAS sahaja . Maknanya kalau Harakah hentam Umno di dalam akhbar teersebut ia dikira melanggar syarat permit. Tidakkah ini syarat gila yang hanya boleh dikenakan oleh Kerajaan gila seperti Kerajaan BN.

Meskipun jangka hayat permit suratkhabar itu adalah untuk tempoh 12 bulan daripada tarikh permit dikeluarkan namun berdasarkan seksyen 12 ( 1 ) Menteri juga diberi kuasa mutlak untuk meletakkan syarat di dalam permit bahawa tempoh usia permit itu dikurangkan dari 12 bulan.

Seksyen 12 ( 2 ) secara jelas menyatakan Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk tidak meluluskan permohonan bagi mendapatkan permit. Dan di bawah seksyen 12 ( 2 ) inilah Menteri telah menggunakan kuasa mutlaknya itu untuk tidak memperbaharui permit akhbar Suara Keadilan.

Harus diingatkan Menteri tidak perlu memberi apa-apa alasan mengapa ia enggan memperbarui permit Suara Keadilan.

Di dalam undang-undang pentadbiran ( administrative law ) sebarang keputusan pihak awam seperti kuasa Menteri perlu mematuhi prinsip keadilan asasi ( natural justice ) di mana salah satu prinsip itu adalah apa yang dipanggil “ audi alteram partem” ( seseorang hendaklah diberi hak untuk didengar ).

Diterjemah di dalam kes akhbar Suara Keadilan sepatutnnya Menteri hendaklah memberi hak tersebut kepada PKR apabila ia memutuskan untuk tidak mahu memberikan permit kepada Suara Keadilan. Adakah tindakan Menteri tersebut boleh dicabar ? Jawabnya tidak kerana seksyen 13B dengan secara jelas memberi kekebalan kepada Menteri apabila diperuntukkan bahawa mana-mana orang yang tidak diberikan permit atau digantung permitnya tidak perlu diberi hak untuk didengar oleh Menteri.

Akhirnya Akta ini juga membenarkan mana-mana orang yang ditangkap kerana disyaki melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini tanpa perlu waran tangkap dari Mahkamah ( lihat seksyen 20 Akta ) .

Seterusnya jika pihak penguatkuasa KDN melakukan penggeledahan dan rampasan dan berlaku kerosakan mereka juga kebal dari sebarang tuntutan gantirugi dan mereka tidak boleh disaman di Mahkamah ( lihat seksyen 24 )

Amat menghairankan hanya kerana Suara Keadilan menyerang bertubi-tubi pengurusan Felda – agensi di bawah jagaan dan kawalan Najib- maka ia dihukum dengan hukuman yang amat berat – tidak boleh lagi diterbit dan dicetak akhbar tersebut. Kita tidak faham kenapakah Suara Keadilan perlu di hukum dengan hukuman sebegitu berat. Jika pun berita tentang Felda itu adalah satu fitnah ke atas Felda bukankah Felda dibenarkan oleh undang-undang untuk menyaman akhbar itu dan menuntut gantirugi .

Tidakkh akhbar pro Umno juga banyak kali menyiarkan berita fitnah dan bohong dan mengapakah mereka tidak pernah dihukum seperti Suara Keadilan?

Suatu yang amat ganjil parti apabila politik berdaftar seperti PKR dinafikan haknya yang fundamental iaitu menyebarkan mesejnya kepada rakyat melalui penerbitan akhbar. Jika Perlembagaan Perskutuan di dalam Perkara 10 ( 1 ) memberi kebebasan bersuara yang mana hak itu termasuk kebebasan akhbar Akta zalim ini menjadikan hak dan kebebasan di dalam undang-undang tertinggi tersebut tidak lagi bermakna dan hanya satu ilusi atau mimpi.

Sayugia diingatkan apabila BN menghukum Suara Keadilan menggunakan Akta zalim itu pada hakikatnya BN sedang menjatuhkan hukuman mati ke atas demokrasi. Apabila hak bersuara PKR dinafikan BN pada hakikatnya sedang mencabut oksigen dari tabung atau balang demokrasi. Pembunuh demokrasi wajib dihukum mati oleh hakim yang berkuasa di negara ini-rakyat atau pengundi .

Apa lagi – marilah kita sama-sama menyumpah Akta zalim ini 33 kali dalam sehari!

* Mohamed Hanipa Maidin ialah ahli jawatankuasa pusat PAS.

Baca Seterusnya......

Kebebasan akhbar mesti diperjuang, bukan ehsan

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Saya masih bercuti panjang sehingga hujung Julai ini. Kesan luka di kaki berikutan pembedahan pintasan jantung dua bulan lalu masih terasa. Berjalan pun kena bertongkat, tapi alhamdulillah semangat untuk menulis mulai muncul, apatah lagi apabila mendengar khabar duka bahawa permit penerbitan Harakah belum diperbaharui. Resah saya memikirkan karenah tidak habis-habis oleh KDN yang diberi kuasa mutlak oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Akta ini diperketatkan oleh Dr Mahathir Mohamad sebanyak dua kali di zaman pemerintahannya, 1984 dan 1987. Akta ini dengan angkuh menafikan segala ruang untuk semakin kehakiman, sekali gus memberikan kuasa mutlak seluas langit dan bumi kepada Menteri Dalam Negeri untuk menggantung atau tidak memperbaharui mana-mana permit penerbitan.


Tidur saya kini kerap terganggu, bukan lagi disebabkan menahan sakit di dada atau perit di kakit, tetapi "sakit hati" dengan kesombongan regim Umno-BN. Di kala dunia berbicara soal proses pendemokrasian sejagat, Najib Razak memilih jalan lain, undur ke belakang dan akan diketawakan masyarakat antarabangsa. Ketika konsep langit terbuka dan jaringan maklumat dapat diakses dengan mudah dan cepat di mana saja, suasana kebebasan akhbar di Malaysia mundur semundur-mundurnya.

Melalui buku Strategi Membanteras Korupsi, Jeremy Pope dalam bab Masyarakat Sivil, menukilkan ungkapan Woodrow Wilson: "Kebebasan tidak pernah datang dari pemerintah. Kebebasan adalah hasil perjuangan penganut-penganutnya."

Saya cukup tertarik dengan kata-kata penuh makna ini. Kebebasan tidak akan datang menggolek, ia mesti diperjuangkan dengan segala kekuatan dan potensi yang ada pada kita. Pemerintah yang berasa selesa dengan pelbagai akta dan peraturan yang mengongkon akan terus menindas demi survival kuasa mereka. Soalnya, bagaimana dengan kita, apakah sekadar memerhati atau mengambil masa terlalu lama untuk bertindak menuntut hak yang terancam ini?

Bagi saya, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan cukup memperbodohkan kita. Selepas PAS bersama Barisan Alternatif mencapai kemenangan gemilang dalam pilihan raya umum 1999, tanpa sebarang sebab, tiga bulan selepas itu, permit penerbitan Harakah dikurangkan, daripada diterbitkan dua kali seminggu menjadi dua kali sebulan.

Sebelum itu, macam-macam peraturan baru, sama ada dari segi pengedaran, jualan dan juga kandungan Harakah dikuatkuasakan. Kebanyakannya bercanggah dengan logika dan rasional. Malah pengurusan Harakah terpaksa membazirkan bukan sedikit wang untuk menyediakan rak khas kepada peruncit, seperti diarahkan KDN.

Kini, KDN dengan peruntukan luarbiasa akta berkenaan sekali lagi datang menganggu. Pernit Suara Keadilan tidak diperbaharui, manakala nasib Harakah hanya mengharapkan ehsan menteri. Dalam masa seminggu Harakah terpaksa menjawab dua surat tunjuk sebab. Dakwaan yang dikenakan adalah kitaran semula surat-surat lama KDN.

Banyak pihak mengharapkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengambil perhatian serius dan segera isu ini. Jika di negara maju lain, misalnya Britain, isu berkaitan sekatan penerbitan akhbar boleh menyebabkan kerajaannya tumbang, tetapi setakat ini di Malaysia keadaan seperti "tidak berlaku apa-apa". Ramai menunggu apa langkah terbaik daripada pimpinan dua parti terbesar dalam negara ini, PAS dan KeADILan, apabila hayat organ parti masing-masing terancam ....

Baca Seterusnya......

Kenapa zalimi akhbar alternatif?

Oleh Mohd Rashidi Hasan

Sejak akhir-akhir ini akhbar-akhbar alternatif, kembali menjadi sasaran tindakan tegas Kementerian Dalam Negeri (KDN) di atas dakwaan melanggar syarat-syarat permit penerbitan. Terbaru akhbar Suara Keadilan (SK) milik Parti KeADILan Rakyat, digantung permitnya kerana menyentuh isu sensitif berkaitan Felda yang didakwa mereka sudah bangkrap.

Jelasnya isu berkaitan Felda adalah isu yang amat sensitif. Ia menaikkan kemarahan Umno-Barisan Nasional kerana Felda begitu sinonim dengan perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menyentuh isu-isu berkaitan Felda, seolah-olahnya dilihat sebagai menyentuh keperibadian Najib.

Persoalannya di sini, atas apakah justifikasi tindakan KDN sehingga menggantung permit SK, hanya kerana membuat laporan mengenai Felda?

Atas apakah justifikasi dari sudut keselamatan negara, mahupun ketenteraman awam, bahawa isu Felda ini akan menggugat keamanan negara?

Yang dipersoalkan oleh SK dan akhbar alternatif seperti Harakah, adalah pendedahan soal penyelewengan, salah gunakuasa dan salah urus Felda oleh pemerintah.

Jika sekiranya SK ataupun Harakah membuat laporan dengan fakta yang tidak tepat, KDN boleh menegur dan memberi amaran.

Jika sekiranya Felda merasakan mereka menjadi mangsa fitnah, mereka boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang.

Felda dan kerajaan Umno-BN tidak langsung menjawab segala dakwaan dan fakta-fakta yang dikemukakan.

Sebaliknya mereka membuat tindakan yang tidak realistik dengan menyerbu pejabat SK, mengambil tindakan keras terhadap SK dan menggunakan kuasa kerajaan untuk menggantung penerbitan SK.

Isunya di sini bukan soal SK sahaja. Isu yang besar adalah soal kebebasan media. Mengapa Umno-BN begitu takut dengan akhbar alternatif, sedangkan mereka mempunyai begitu banyak akhbar arus perdana yang menyokong?

Hanya dua tiga akhbar tabloid sahaja yang menyokong Pakatan Rakyat. Itu pun secara berkala, bukan harian.

Umno-BN menguasai media elektronik dengan siaran 24 jam sehari dan mempunyai media cetak yang diterbitkan setiap hari.

Media-media pro Umno-BN ini, setiap hari ada sahaja bahan yang dipaparkan buat mengkritik, menghentam dan berusaha memporak perandakan Pakatan Rakyat serta kerajaan negeri pimpinannya.

Tidakkanlah puluhan media pro Umno-BN ini, tidak mampu berhadapan dengan hanya dua tiga akhbar tabloid yang kecil, yang jualannya amat terhad?

Jika hendak dipertikaikan soal sensitiviti isu dan provokasi, begitu banyak media pro Umno-BN yang melanggar syarat permit kerana membawa isu rasis yang boleh menggugat keselamatan negara.

Jelas di sini kerajaan tidak adil. KDN jangan sesekali mengambil tindakan yang berat sebelah.

Mereka seolah-olah tidak tahu membezakan antara isu yang menggugat kestabilan Umno-BN dengan isu yang mengancam keselamatan negara.

Dalam keadaan Umno-BN yang terdesak dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang memungkinkan mereka tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, langkah menekan akhbar alternatif merupakan suatu langkah yang tidak bijak.

Langkah ini hanya akan merosakkan sistem demokrasi dan mencalarkan kemurnian amalan demokrasi dalam negara.

Demokrasi yang sebenar adalah dengan memberi ruang sepenuhnya kepada rakyat untuk bersuara, dan pihak yang berkuasa mempunyai peluang untuk memperbetulkan segala tanggapan secara terbuka.

Menutup pintu demokrasi, hanya akan mempercepatkan jalan Umno-BN untuk bersemadi di muzium. — harakahdaily.net

Baca Seterusnya......

Tamatkan segera hayat keangkuhan akta penerbitan

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Kebebasan media adalah antara ciri utama sistem demokrasi selain elemen lain seperti kebebasan berucap, proses pilihan raya bebas dan adil, kebebasan berorganisasi, pemerintahan berasaskan suara majoriti, hak minoriti dihormati, kewujudan pembangkang yang berkesan, kehadiran NGO dan kumpulan pendesak yang berautonomi, dan kebebasan badan kehakiman. Media yang bebas dan berintegriti boleh menjadi "The Fifth Estate" yang berupaya mencorakkan pandangan umum dan bertindak sebagai "semak dan imbang" terutama dalam pemerintahan yang dikuasai oleh suatu parti yang dominan

Namun, elit politik yang seringkali menyalahgunakan kuasa, korup dan mengkhianati amanah rakyat cukup bimbang dengan peranan media bebas. Mereka gentar jika pelbagai penyelewengan dapat dibongkar, sekali gus menimbulkan kesedaran sivil yang meluas, serta boleh menggugat survival regim yang memerintah. Justeru, pelbagai akta drakonian dikuatkuasakan, bertujuan menekan media dan menghalang rakyat daripada mendapat maklumat yang benar. Fenomena globalisasi dan langit terbuka yang menyaksikan kepantasan pengaliran maklumat merentasi apa jua sempadan fizikal rupanya tidak berjaya memaksa pemerintah semi-autoritarian itu untuk melonggarkan - apatah lagi membatalkan - peraturan yang bukan sahaja tidak demokratik, kuno malah "karut-marut".

Ketika gelombang pendemokrasian dilihat mendapat reaksi positif di negara jiran, Indonesia, selepas kejatuhan Suharto lebih 10 tahun lalu, Malaysia yang juga pernah menghadapi gegaran hampir sama (tuntutan reformasi 1998) langsung tidak menunjukkan perubahan membanggakan. Meskipun kadar urbanisasi dan pertumbuhan kelas menengah (satu petunjuk jelas yang sepatutnya membuka lebih luas ruang sivil dan perdebatan awam) lebih pantas di sini, namun pemerintah Umno-BN tetap bersikap bebal, mengamalkan budaya lapuk menutup telinga daripada mendengar suara kritikan atau teguran. Pandangan berbeda daripada masyarakat sivil dihadapi dengan penuh prejudis, ditanggapi dengan bermacam-macam label negatif dan jahat. Hujah dan rasional langsung tidak dihormati. Pemerintah lebih selesa memilih pendekatan keras menolak perbincangan.

Ketika Indonesia, bermula di bawah era Habibie dan Gus Dur, melakukan perubahan drastik memulihkan demokrasi seperti pemansuhan dwifungsi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) dan undang-undang yang menekan kebebasan, selepas 12 tahun Malaysia tidak menyentuh pun sebarang akta rimba. Baru-baru ini kerajaan memaklumkan akan membentangkan beberapa pindaan terhadap tujuh akta berkenaan, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Seksyen 27 Akta Polis 1960 berkaitan perhimpunan awam yang tidak memerlukan permit, namun ia belum menjamin ruang untuk rakyat berpatisipasi dalam hal-hal politik diperluaskan. Gesaan agar ISA dihapuskan pernah disuarakan dalam satu perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur tidak lama dulu.

Apabila timbul isu permit penerbitan Suara Keadilan tidak disambung (diharamkan) ekoran dakwaannya bahawa "Felda bankrap", saya merasakan sudah sampai masanya peraturan mengenai kebebasan media, iaitu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 diberikan perhatian istimewa.

Tentunya usaha ini tidak mudah dan memerlukan penggemblengan dan dokongan luar biasa. Kempen pemansuhan akta, yang mengandungi pelbagai syarat-syarat permit yang "karut-marut, tidak masuk akal dan tidak cerdik" itu semakin relevan dan kena pada masanya apabila hayat penerbitan Harakah juga turut terancam di bawah peraturan sama. Selama ini operasi penerbitan dan pengedaran terhad akhbar-akhbar milik parti bukan-BN itu hanya dibenarkan atas ehsan Menteri Dalam Negeri, yang sering dijawat oleh menteri kanan.

Jika beberapa tuntutan massa seperti proses pilihan raya yang bersih-bebas-adil, dan pemansuhan ISA serta PPSMI dapat menggegarkan Kuala Lumpur, saya kira lobi menguburkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan harus dimulakan dengan pembentukan gabungan NGO yang prihatin dengan kebebasan bersuara dan hak asasi. Sebelum ditamatkan perkhidmatan melalui satu rombakan kabinet oleh Dato' Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar pada Ogos 2009 berkata kementeriannya bercadang memansuhkan akta tersebut kerana ia sudah tidak relevan dengan perkembangan teknologi dan juga tidak disenangi ramai. "Rakyat tidak suka akta itu, syarikat-syarikat media pun tidak suka akta itu," kata Syed Hamid. Sayangnya cadangan beliau hilang lenyap begitu sahaja dan tidak sempat pun mencetuskan perbincangan mengenainya.

Beberapa tokoh media, misalnya Dato' A Samad Said, Pak Said Zahari dan Haji Subky Abdul Latiff dilihat boleh menjadi sumber inspirasi buat gerakan pemansuhan akta berkenaan. Rakyat harus didedahkan dengan kewujudan peraturan "karut-marut yang membodohkan" itu, yang bercanggah sama sekali dengan perkembangan canggih dunia maklumat. Segala-galanya terletak di bawah budi bicara mutlak menteri, sama ada mahu meluluskan, menggantung atau membatalkan sesuatu permit (seksyen 6), tanpa perlu memberikan sebarang alasan. Akta yang dipinda pada 1998 itu dengan bangganya, melalui seksyen 13A dan 13B, mengisytiharkan bahawa keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah, malah "tiada seorang pun boleh diberi peluang untuk didengar berkenaan dengan permohonannya untuk mendapatkan permit atau berhubungan dengan pembatalan atau penggantungan permit"

Itu belum dibahas lagi syarat-syarat permit organ parti yang tidak munasabah langsung, misalnya larangan menjual kepada bukan ahli parti, hanya boleh dijual di premis parti dan tidak boleh dijual di tempat awam. Seolah-olah PAS dan KeADILAN itu suatu organisasi bawah tanah, atau menteri merasakan ahli-ahli parti berkenaan hanya boleh dibilang dengan jari dan tinggal di gua terpencil!

Pilihan Raya Umum Ke-13 memang kritikal bukan saja buat Umno-BN, malah kepada Pakatan Rakyat. Najib, yang dilihat dekat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mungkin mengambil pendekatan sama seperti mentornya itu kepada seteru politik. Meskipun kini ada pilihan lain seperti munculnya kuasa siber, namun Pakatan Rakyat tidak boleh memandang mudah sekatan kepada penyebaran maklumat secara tradisional ini. Selain menuntut kreativiti dan inovasi hebat mencari peluang baru dan memanfaatkan potensi di ruang maya, kempen memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tidak boleh dilengahkan
Baca Seterusnya......

Blog Archive