Oleh Selena Tay
"Rampasan
akhbar Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket menunjukkan bahawa
Kerajaan BN masih berada di tahap politik zaman batu purba," kata Ustaz
Idris Ahmad, Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS.
Memang
Kerajaan BN tidak perlu mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
untuk membuat rampasan tersebut kerana BN telah pun menang dalam PRU13
yanglalu dan kabinet baru Kerajaan BN telah pun dibentuk.
Sepatutnya
mereka harus membiarkan akhbar-akhbar parti komponen Pakatan Rakyat
ini diedarkan sebab Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak
seringkali mendakwa bahawa negara Malaysia mengamalkan dasar demokrasi
yang sihat. Oleh itu, kekangan suara pihak pembangkang bukanlah satu
langkah yang menunjukkan sikap amalan demokrasi yang baik, kukuh dan
stabil dan perbuatan tersebut haruslah dihentikan tanpa
berlengah-lengah lagi.
Jika akhbar-akhbar ini hanya dapat
dijual di ibu pejabat PAS, DAP dan KeADILan sahaja, ini akan
menyusahkan ahli-ahli parti tersebut untuk pergi ke ibu pejabat parti
untuk membelinya.
Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid
Samad berpendapat bahawa langkah rampasan akhbar pihak pembangkang akan
memberikan gambaran yang buruk kepada Kerajaan BN dengan menunjukkan
bahawa "Kerajaan BN takut bahawa pengedaran maklumat yang benar dalam
Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket akan mencerdikkan minda rakyat
dan ini akan menyebabkan populariti BN semakin menurun".
KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN
Thursday, June 6, 2013
'BN sudah menang, apa takut lagi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2013
(15)
-
▼
June
(9)
- Sekat media sosial, BN 'sesak'
- BN sekat minda rakyat
- Menghukum Pengguna Internet Primitif
- Rampas Harakah: Zahid lega dan puas, tertunai haja...
- Utusan Malaysia juara dunia akhbar pembohong
- 'BN sudah menang, apa takut lagi?
- Kembali ke era gelap Mahathir
- Tangkap, rampas Harakah tindakan zalim
- Langsung tak rasional bataskan Harakah kepada ahli...
-
▼
June
(9)
No comments:
Post a Comment