KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN

KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN

Tuesday, June 18, 2013

Sekat media sosial, BN 'sesak'

KUALA LUMPUR : Kerajaan BN disifatkan cukup terdesak apabila mencadangkan sekatan dan kawalan ke atas media sosial setelah melihat media ini cenderung kepada Pakatan Rakyat.

Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil mendakwa, tindakan ini sebenarnya hasil pemerhatian mereka yang melihat media sosial memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU)13.

Khairul Faizi menegaskan, lebih membimbangkan BN apabila melihat realiti bahawa rakyat mudah untuk mengakses maklumat-maklumat kempen pakatan melalui media sosial.

Malangnya kata beliau, media tradisi BN yang bersarang dikesemua media arus perdana sendiri tidak mampu untuk menangani atau mengatasi Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar, contohnya membuat program menghimpunkan bloger-bloger dan pengguna-pengguna internet yang ramai untuk menyebarkan maklumat.

Namun kata Khairul Faizi, usaha belum mampu mengatasi kecenderungan pengguna media sosial kepada Pakatan Rakyat.

"Oleh kerana itu cara mudah bagi mereka ialah membuat cadangan untuk adakan sekatan terhadap media baharu," katanya lagi.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Ahmad Shabery Cheek menyatakan kerajaan bercadang untuk mengawal dan menapis portal berita internet untuk mengawal mana-mana laman web.

Mengulas lanjut, Khairul Faizi yang juga calon PAS di Dun Mahkota berkata, jika cadangan itu dilaksanakan ianya akan hanya memalukan negara.

Tambahnya, BN hanya meletak negara ini seperti duduk di zaman sebelum internet dengan menghalang percambahan media sosial.

"Saya nampak ini salah satu cara pemimpin negara ini mengambil pendekatan ke belakang," katanya.

Selain itu, beliau juga melihat kerajaan BN sebenarnya takut dengan kebangkitan anak muda yang menjadi pengguna terbesar media sosial.

Malah, kerajaan tidak dapat mengawal lpengaruh media sosial terhadap golongan muda yang lebih kritis.

"Jadi rakyat boleh membuat keputusan melalui maklumat yang lebih tepat, bukannya satu hala," katanya.

Beliau berkata, anak muda akan menolak cadangan ini jika kerajaan meneruskan niat untuk menyekat berita-berita melalui media sosial.

No comments:

Post a Comment