KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN

KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN

Monday, June 3, 2013

Tangkap, rampas Harakah tindakan zalim

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Zahid Hamidi menghentikan segera segala tindakan yang cuba untuk menzalimi rakyat. Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, tindakan menangkap pemimpin politik dan aktivis rakyat, serta merampas akhbar parti dalam Pakatan Rakyat adalah tindakan tidak wajar sekalipun tidak berpuas hati dengan kemerosotan BN pada PRU13 lalu.
Zahid juga katanya, tidak wajar untuk menggunakan pihak polis di bawah kementeriannya untuk berdepan dengan rakyat yang dianggap musuh politik BN.

“Saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak segala tindakan zalim ini dihentikan serta-merta.
“PDRM di bawah teraju Ketua Polis Negara yang baru tidak seharusnya menjadi perkakas politik Umno-BN,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakah.
Mahfuz berkata demikian sebagai mengulas penangkapan empat orang aktivis rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini di bawah Akta Hasutan.
Mereka termasuk aktivis pelajar Adam Adli, aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden KeADILan, Tian Chua dan penggerak Asal Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim. Mereka dibebaskan petang Jumaat, 24 Mei lalu.
Pada 23 Mei lalu, menyaksikan ketiga-tiga akhbar milik parti PAS, KeADILan dan DAP iaitu Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket, dirampas oleh KDN di beberapa buah negeri.

No comments:

Post a Comment