KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN
Wednesday, May 22, 2013
Gara-gara protes, Hata Wahari dibaling sebungkus bihun kakitangan Utusan Malaysia
Mohd Hata seperti yang kita kenali adalah bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan bekas wartawan kanan Utusan Malaysia yang berkhidmat selama 15 tahun kini memilih DAP sebagai wadah perjuangannya.
Baca Seterusnya......
Sunday, April 14, 2013
Wartawan bukan setakat anjing penjaga
Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
NAMPAKNYA nasi Arab resepi dan masakan isteri Ahmad Lutfi Othman mempunyai peranan tertentu dalam kehidupan peribadi dan profesional pengarang. Minggu lalu saya menerima SMS Lutfi. Ringkas sahaja: “Buku sudah siap.”
Walaupun seperti biasa, dan seperti sejak dulu lagi, iaitu sebelum mengenali pengarang secara peribadi, saya teruja untuk memiliki dan membaca buku terbaru beliau. Namun kali ini saya membiarkan sahaja SMS itu tidak dibalas dengan segera. Niat di hati ialah untuk membalasnya sebaik sahaja ada kesempatan.
Namun sehari kemudian, pengarang menelefon saya. Soal buku tidak disebut. Sebaliknya, Lutfi mengundang saya untuk menjamu selera nasi Arab di rumahnya. Walaupun masa agak kesuntukan kerana saya perlu bertolak ke Pantai Timur pada sebelah malamnya dan perlu membuat pelbagai persiapan, dalam keadaan apapun, undangan seperti itu rasanya masih ada slot masa yang boleh diurus. Kalau pun perut sudah kenyang sekalipun, undangan nasi Arab di rumah beliau menepati bidalan Melayu: Sepenuh-penuh peti, masih boleh diisi sehelai sapu-tangan.
Saya tiba di rumah Lutfi menjelang waktu Isyak. Seperti biasa, apabila ada nasi Arab, ada sahaja tetamu di rumah beliau. Saya mendengar sahaja perbincangan mereka mengenai sisipan baru Harakah yang bakal diedar secara percuma ke kawasan-kawasan yang tidak menerima liputan internet atau penduduknya tidak begitu terdedah kepada dunia siber.
Sebaik tetamu lain beredar dan selesai menjamu selera, Lutfi terus menghulurkan buku terbarunya, Pencuri Pilih Anjing, setebal 405 halaman. Awal-awal lagi saya memang ternampak buku itu di atas sofa di sebelah saya. Sangkaan saya ia adalah sebuah buku bahasa Inggeris kerana rekabentuk kulitnya mirip sebuah buku antarabangsa.
Saya terpegun membaca judulnya. Ia bukan judul sebuah buku politik berbahasa Melayu yang biasa kita lihat di kedai buku. Ketika itu saya teringat sebuah buku bestseller yang pernah saya baca beberapa tahun sebelum itu, The Curious Incident of the Dog in the Night-time oleh pengarang British, Mark Haddon.
Begitupun buku Haddon adalah sebuah novel sedangkan ‘Pencuri Pilih Anjing’ adalah sebuah antologi (jika saya boleh gunakan istilah tersebut) tulisan Lutfi yang tersiar di akhbar Harakah dalam kolumnya Catatan Hujung.
Benar, ramai telah membaca tulisan-tulisan tersebut. Namun berapa ramaikah yang masih ingat apa yang ditulis Lutfi. Usia akhbar dua-kali seminggu adalah cuma beberapa hari sedangkan usia buku pula kekal.
Sebagai contoh berapa ramai yang masih ingat tulisan ini: "Usahlah tersilau dengan kemilau pelbagai insentif one-off, namun perhatikan juga habuan yang dibolot para kroni dan suku-sakat elit pemerintah… Misalnya, kes pemaju hartanah di KLIFD, yang projeknya bernilai RM26 bilion, telah diberikan pelepasan cukai sebanyak 70% bagi tempoh lima tahun. Pada kadar cukai korporat 25%, sebanyak RM1.3 bilion wang rakyat, yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk pembangunan negara, akan bolos begitu sahaja di tangan kroni."
Tulisan itu tersiar pada 18 Oktober 2011. Walaupun jumlah RM1.3 bilion hanyalah ibarat sesudu teh air dalam sebuah tempayan besar jika dibandingkan dengan ratusan bilion ringgit yang dibazir dan disonglap gerombolan elit pemerintah dalam pelbagai bentuk lain dan disebut dalam akhbar Harakah dan media alternatif dari semasa ke semasa, ia sudah cukup bagi memperjelaskan betapa bobrok dan tidak amanahnya kerajaan Umno-BN.
Pada masa-masa lalu, saya pernah memperkatakan betapa tulisan Lutfi sama ada dalam bentuk buku mahupun rencana/kolum banyak membawa unsur atau sentuhan peribadi beliau. Sedikit sebanyak beliau akan memperkenalkan suasana sekeliling kehidupan peribadinya. Antaranya, "Tengah hari Isnin lalu, pintu pagar saya digoncang kuat ..." (halaman 184, dan Harakah 17 Februari 2012).
Tak perlulah saya sambung petikan ini. Untuk mengetahui siapa yang mengetuk pintu pagar rumahnya pada hari itu, sama ada pasukan polis daripada Cawangan Khas (yang agak sudah sebati dengan kehidupan pengarang di zaman ISA masih berkuat kuasa, atau orang lain, dapatkan buku ini dan bacalah.
Namun apa yang ingin saya jelaskan ialah bahawa unsur dan sentuhan peribadi yang dimaksudkan itu tidak bermaksud serangan peribadi terhadap sesiapa. Jika Lutfi memperkatakan sesuatu tentang pemimpin Umno, seperti Dr Mohd Khir Toyo, maka itu hanyalah sebagai sebuah ulasan berdasarkan apa yang dilakukan atau tidak dilakukan bekas Menteri Besar itu ketika memegang jawatan kerajaan.
Dalam bab ‘Skandal Najib Meletup Dekat PRU13’, Lutfi menjelaskan lagi soal keengganannya menyentuh soal peribadi. "Secara peribadi saya tidak gemar dan memilih untuk mengelak daripada mengungkit kisah peribadi berkaitan kehidupan Najib, termasuk masa silamnya, apatah lagi membabitkan isterinya (tidak terkecuali kisah bekas isterinya!)”
Begitupun, suka atau tidak, politik adalah mengenai manusia dan dramatis personanya justeru sebagai penulis politik kita tidak selalunya dapat mengelakkan diri daripada menulis mengenai keperibadian mereka. Ini kerana keperibadian dan perwatakan seseorang pemimpinlah yang turut menjadi faktor kepada kepimpinannya. Namun, di tangan Lutfi, pengulasan dalam bentuk ini mengambil bentuk berbeza.
Tidak syak kelebihan seperti inilah yang membuatkan Lutfi berada dalam kelasnya yang cukup tersendiri berbanding kebanyakan penulis politik sama ada dalam kelompok pembangkang mahupun kerajaan.
Inilah yang dimaksudkan Mohamed Hanipa Maidin, AJK Pusat PAS dan peguam kanan yang mengenali Lutfi sejak zaman universiti. Dalam kata pengantar beliau untuk buku ini, bertajuk 'Ibarat Pergi ke Makkah Tanpa Melawat Kaabah', Hanipa menyebut: "Ramai yang berani menulis namun tidak ramai yang berani mencabar secara berhadapan dengan karenah, birokrasi dan kebiadaban KDN..."
Dan inilah juga yang dimaksudkan kartunis terkemuka Zunar yang juga menulis dalam buku ini: "Tulisannya bukan 'touch and go' dan tidak sekadar di permukaan permasalahan. Dia masuk ke dalam. Ibarat berenang di dasar di lautan politik ..."
Pencuri Pilih Anjing bukan sahaja penting sebagai dokumen sejarah tetapi ia bertepatan pula dengan PRU13. Setiap bab di dalamnya mengingatkan semula betapa kita tidak boleh lagi membiarkan Umno-BN berkuasa.
KDN rampas manifesto, rayu undi Pakatan Rakyat
KULIM-BANDAR BAHARU:Kerajaan BN telah bertindak memberi tekanan dan halangan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menyampaikan mesej dan tawaran kepada rakyat sebelum hari pengundian 5 Mei depan.
Terbaru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa telah merampas sejumlah ribuan kad rayuan undi dan manifesto Pakatan Rakyat kepada penduduk negeri ini.
Menurut sumber, kad dan manifesto tersebut telah dihantar ke pejabat pos di seluruh negeri bagi tujuan edaran dan bayaran pos juga telah dibayar secara tunai.Insiden ini, berlaku ketika BN belum lagi mengumumkan calon-calon bertanding bagi pilihan raya umum ke-13 berbanding Pakatan Rakyat.
"Malangnya, KDN telah merampas di beberapa pejabat pos di sekitar Kedah dan tidak sempat untuk diedarkan kepada para penduduk.
"Apa kesalahan Pakatan Rakyat...adakah bahan yang mahu edarkan adalah bahan terlarang? Bagaimana pula dengan kad rayuan undi dan manifesto BN yang boleh diedar secara pos di seluruh negara?" kata sumber kepada Harakah.
Difahamkan kakitangan pejabat pos juga telah dipaksa untuk bekerja lebih masa sehingga lewat malam, bagi memastikan lebih 10 juta kad rayuan undi dan sisipan manifesto BN diedarkan ke seluruh Malaysia.
Perkara ini kata sumber telah mengundang kemarahan ramai khususnya para penyokong Pakatan Rakyat yang menyifatkan tindakan kerajaan yang tidak langsung menghormati prinsip demokrasi untuk parti-parti lain berkempen secara sihat.
"Sudahlah semua media arus perdana, setiap masa berkempen bagi pihak BN dan langsung tidak diberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menjelaskan tawaran dan khidmat mereka.
"Sekarang, bahan-bahan kempen Pakatan Rakyat pula nak dihalang...mana perginyan keadilan dan persaingan sihat?,"katanya.
Baca Seterusnya......Sunday, January 20, 2013
Tragedi pembodohan massa
Oleh Zulhabri Supian
Kehebohan yang berlaku di Malaysia beberapa hari lalu memperlihatkan b
ahawa media sosial sebagai senjata ampuh mempengaruhi dan mendedahkan isu tidak boleh diragui lagi. Setelah media sosial berperanan menjatuhkan beberapa kerajaan seperti di Tunisia dan Mesir, kini ia menghampiri Malaysia.
Belum pun reda fenomena Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang berlangsung jaya di Stadium Merdeka, Malaysia digegarkan dengan fenomena #listen iaitu video penghinaan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin terhadap mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS yang tersebar luas di laman sosial Facebook dan Twitter. Kedua-dua fenomena ini memunculkan satu hal yang sudah lama terjadi iaitu tragedi pembodohan massa.
#KL112 ditanggapi negatif hampir seluruh media cetak arus perdana kecuali akhbar berbahasa Cina dan Sinar Harian, satu-satunya akhbar berbahasa Malaysia yang berani mengambil sikap objektif. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa media berbahasa kebangsaan adalah media pembodohan terulung. Media elektronik juga berkelakuan sama dengan pembodohan demi pembodohan menjadi intipati berita.Sangkaan bahawa media arus perdana akan berubah pasca tsunami politik 2008 jauh meleset. Malah sikap yang diambil semakin membuat rakyat sebal dengan kebebalan mereka. Pengalaman saya membaca akhbar baik Utusan Malaysia mahupun The Star mulai peristiwa Reformasi 1998 hingga kini sama sekali tidak menunjukkan mereka bergerak ke arah kecerdikan.
Alih-alih meratapi kematian media, kita diberi rezeki video penghinaan Sharifah Zohra Jabeen yang jauh lebih berkesan dalam membangkitkan kesedaran rakyat bahawa fenomena pembodohan tidak boleh ditoleransi sama sekali. Meski indoktrinisasi mahasiswa seperti yang terakam di dalam video itu bukan hal baru, bukti nyata sangat diperlukan dan di sini keberadaan media sosial sangat membantu.
Fenomena #listen mengingatkan kembali pembodohan-pembodohan yang saya alami sewaktu menuntut di UiTM pada 1999. Tahun itu sepanas 2012/2013 kerana pilihanraya umum akan menjelang dan dengan bersumberkan surat-surat layang, akhbar Harakah dan akhbar bawah tanah, pembodohan itu dilawan dengan laungan “boooo”. Maka rasmi lahirnya generasi Reformasi yang sudah memasuki umur 30an kini.
Fenomena #listen bukan sekadar soal menyokong Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN), tetapi jauh dari itu menyedarkan rakyat bahawa pembodohan adalah tragedi nasional seperti mana rasuah dan pemerkosaan. Kes calon Hakim Agung, Daming Sunusi yang terjadi baru-baru ini di Indonesia harus dijadikan pelajaran. Daming dalam fit and proper test di DPR membantah hukuman mati untuk pemerkosa dengan menyebut. “Yang diperkosa dengan yang memperkosa ini sama-sama menikmati. Jadi harus pikir-pikir terhadap hukuman mati”. Jangan sampai pembodohan nantinya diberi pembenaran seperti “Yang dirompak dengan yang merompak harta negara ini sama-sama menikmati. Jadi harus fikir-fikir terhadap perubahan”.
Sejak saya bersikap kritikal terhadap kerajaan mulai PRU ke-10, hujah mereka yang mempertahan kerajaan BN tetap sama; bersyukur, negara dah aman damai, Melayu gaduh bangsa lain tepuk tangan & kalau tak suka pindah/pulang ke negara lain/”asal”.
Andai tergerak mendukung kerajaan BN sekalipun, hujah saya adalah BN masih pilihan yang lebih baik berbanding PR kerana konsep perkongsian kuasa yang terbukti berjaya walaupun masih perkauman & BN berjaya membangun negara meski hubungan kaum rakyatnya sangat rapuh serta terdedah kepada perkelahian.
Mahu tidak mahu kemenangan PR diperlukan untuk melenyapkan polemik picisan seperti fenomena #listen, seterusnya beranjak ke polemik yang lebih penting dan berisi. Generasi muda masa hadapan diyakini akan lebih kritikal terhadap PR serta BN dan hal ini sangat penting untuk menguatkan masyarakat sivil sebagai kuasa ketiga yang mampu menggerunkan kedua-dua gabungan parti politik.
Barang harus diingat, pembodohan oleh PR terutama di kalangan generasi Reformasi terhadap anak-anak muda generasi tsunami politik sudah mulai menunjukkan bibitnya. Kelompok ini mendakwa sebagai yang paling memahami perjuangan dan sering memandang remeh dinamika perjuangan anak-anak muda yang jauh lebih progresif dan tidak bersifat partisan melulu.
Maka mengangkat PR bukan sekadar peralihan kuasa tetapi untuk meletak batu asas kepada wacana yang lebih cerdik buat generasi masa hadapan. Biarlah anak dan cucu kita mentertawakan generasi #listen asalkan mereka bebas merdeka dan tidak perlu #listen kepada sesiapa.
http://www.themalaysianinsider.com
Baca Seterusnya......Tuesday, November 27, 2012
Akhbar The Star aniaya bekas wartawan?
Sunday, November 25, 2012
Pas Perlu Memiliki Banyak Ruang Media Baru
![]() |
| Abdul Hadi Awang (Foto: Sinar online). |
Baca Seterusnya......
Media Massa Perlu Berperanan Mendamaikan Keadaan
Bukan senang untuk mendisiplin orang politik tidak kira dari relong mana. Mulut orang politik lebih luas dari mulut tempayan dan buasnya lebih lasak dari anak lembu belum baligh. Untuk menang mereka akan melakukan apa saja. Apa lagi politik yang diamalkan di Malaysia ini (politik demokrasi sekular), menyebabkan sesuatu yang mereka lakukan walaupun bersalahan dengan adat dan agama tidak menjadi masalah.
Baca Seterusnya......
Doa hak individu. Kenapa takut?
k
bersama jamaah yang berada di dalam stadium mengamimkan doa, namun
walaupun di luar stadium, inti dari doa itu dapat didengar dengan jelas
bersahutan bersama ucapan amim yang bergema lebih dari 50,000 jamaah
yang hadir persis bunyi guruh dari langit ketika musim tengkujuh.Friday, September 7, 2012
Seksyen 114A: Undang-undang kandang lembu?
Kalau kita ini
tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita.Baca Seterusnya......
Antara tapis internet dan tapis pilihanraya
Sebelum ia digazetkan pada 31 Julai 2011 , pindaan akta 114A ditran
sformasikan dari ilham Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dengan cadangan “internet perlu penapisan”.Baca Seterusnya......



