GARA-GARA memprotes Utusan Malaysia agar menjalankan etika kewartawan
yang baik dan tidak perkaumanan, Mohd Hata Wahari menerima padah
apabila dibaling sebungkus bihun.
Ini membuktikan Utusan Malaysia tidak boleh meneriam teguran dan
tidak ada modal lain selain hanya mampu membaling bihun kepada
pengkritik.
Mohd Hata seperti yang kita kenali adalah bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan bekas wartawan kanan Utusan Malaysia yang berkhidmat selama 15 tahun kini memilih DAP sebagai wadah perjuangannya.
Dalam satu wawancara eksklusif Roketkini.com sebelum ini, Mohd Hata
berkata, kebebasan media adalah satu daripada agenda yang mahu
diperjuangkan. Bukannya kebebasan media yang mempromosi fitnah dan
tuduhan tak berasas.
Dituduh penyokong pembangkang
Ketika berkhidmat dengan Utusan Malaysia, Mohd Hata cuba sebaik
mungkin untuk mengetengahkan liputan berita daripada parti lain. Beliau
secara senyap cuba mewujudkan kebebasan media dalam Utusan Malaysia.
Malangnya beliau dituduh penyokong oposisi dan tuduhan dangkal sebegitu sudah tentu melanggar prinsip sebagai seorang newsman.
Masa mengubah segalanya, pada 2010, Mohd Hata menonjolkan perjuangan
secara terang-terangan. Beliau mengambil langkah ke hadapan bercakap,
berwacana mengenai kebebasan media dan kebebasan bersuara.
Kebebasan bersuara dan kebebasan media bagi Mohd Hata tidak lengkap,
paling penting adalah menjadi seorang wartawan yang bertanggungjawab.
Oleh kerana Utusan Malaysia nampaknya tidak begitu gemar kepada
kewartawanan yang bertanggungjawab, Mohd Hata dipecat daripada Utusan
Malaysia.
“Dalam tempoh memegang jawatan Presiden NUJ, saya banyak menegur
Utusan Malaysia dan akhbar perdana yang berat sebelah, dan etika
kewartawanan tidak betul yang tidak seharusnya dilaksanakan seperti
membuat tuduhan, pelbagai fitnah terhadap parti politik, individu
tertentu, termasuk Pakatan Rakyat.
“Sifat kewartawanan seperti itu yang perlu dikutuk. Itu kita tak
mahu. Maksudnya, kebebasan media bukan saja setakat pengeluaran permit,
tetapi kita mahu rombakan sepenuhnya industri media ini. Maknanya kita
mencadangkan mewujudkan Majlis Media Malaysia yang dikawal secara terus
oleh Parlimen dan majlis inilah yang akan membuat apa-apa keputusan
daripada segi industri media itu,” ujar beliau kepada Roketkini.com.
Ditanya mengapa beliau menyertai DAP, Mohd Hata berkata, perjuangan
DAP sangat jelas iaitu untuk menjadikan Malaysia negara yang bebas
rasuah dan mengikut lunas undang-undang.
“DAP paling banyak bercakap mengenai kebebasan, kebebasan informasi,
kebebasan media, kebebasan bersuara, jadi saya fikir ianya sesuai. Saya
fikir prinsip saya lebih sesuai dengan DAP. Prinsipnya ialah untuk
independently survive, berjuang secara meritokrasi, tak perlukan orang
sokong kita untuk hidup dalam politik,” kata Mohd Hata.
Mohd Hata berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan
Awam) dari Institut Teknologi Mara (ITM) Shah Alam pada 1993 (sekarang
Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan berpengalaman bekerja sebagai
Pegawai Perhubungan Awam di Esso Production Malaysia Inc di Ketereh,
Terengganu.
Selepas setahun iaitu pada 1994, beliau kemudiannya menceburkan diri
dalam bidang kewartawanan bermula di Harian Watan untuk beberapa bulan
sebelum secara rasminya menyertai Utusan Malaysia pada Mei
1995.-Roketkini.com
KUMPULAN AKTIVIS MEDIA INDEPENDEN
Wednesday, May 22, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment